Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Anjur Parti Liar

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran terhadap pemilik-pemilik restoran atau...

Laluan Khas KLIA, Kemudahan...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mewujudkan laluan khas untuk menyediakan kemudahan bagi warganegara...

Bunuh GF, Muat Naik...

ENTAH apa di fikirannya, seorang lelaki tergamak menikam teman wanita hingga mati sebelum memuat naik...

Nilai Rampasan Kes Seludup...

PUTRAJAYA - Jumlah nilai rampasan yang direkodkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membabitkan...

Pakej Rangsangan Prihatin Bantu Pertumbuhan Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR – Walaupun menghadapi cabaran kesan akibat pandemik koronavirus (Covid-19), ekonomi negara masih akan mencatatkan pertumbuhan tahun ini susulan adanya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, susulan langkah rangsangan ekonomi seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lepas, ekonomi negara dijangka masih boleh berkembang walaupun sedikit.

“Kita banyak bergantung kepada ekonomi dunia yang kini mengalami banyak cabaran. Tanpa apa-apa tindakan dan langkah rangsangan ekonomi, negara kita akan merasai kesan tersebut dan mungkin menguncup 10 peratus,” katanya dalam rancangan Ruang Bicara Khas di saluran Bernama TV malam tadi.

Rancangan itu mengupas suntikan bernilai RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19.

“Suntikan kewangan ini adalah untuk memulihkan ekonomi negara dan mempertahankannya walaupun tidak semuanya sekali, tetapi sebahagian besar,” katanya.

Mustapa berkata, walaupun bukan semua daripada RM250 bilion itu daripada kerajaan namun dari segi impak, ia adalah meluas dan melibatkan pelbagai agensi dan masyarakat.

Jumlah berkenaan yang juga merangkumi RM20 bilion yang telah diumumkan sebelum ini dengan hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta RM2.0 bilion lagi untuk mengukuhkan ekonomi negara.

Daripada jumlah keseluruhan itu, suntikan fiskal kerajaan persekutuan adalah RM25 bilion.


“Matlamat kerajaan pada masa ini adalah menstabilkan keadaan, lepas itu mengukuhkan (ekonomi negara) dan selepas itu melonjak ke hadapan,” katanya.

Kerajaan juga akan terus mendengar rintihan peniaga dan sedia membantu.

“Mereka mengatakan perniagaan mereka teruk, kalau bagi pinjaman pun mereka tidak boleh apa-apa. Sebahagian pandangan mereka (PKS) adalah relevan dan kerajaan terus akan mendengar rintihan mereka,” katanya.

Mustapa berkata, beliau sendiri akan berjumpa dengan beberapa kelompok perniagaan dan meneliti masalah yang dihadapi seterusnya mengemukakan kepada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Perdana Menteri.

“Kita akan meneliti lebih dalam bagaimana kita boleh ubah suai atau tambah baik pakej rangsangan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata tindakan bersepadu kerajaan serantau dan dunia juga perlu dibincangkan di peringkat global dalam menangani cabaran Covid-19 dan ekonomi dunia. 

Kategori