Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Terpedaya… Keluarga Ini...

SEMAKIN hari semakin menjadi-jadi nampaknya kes pukau, memukau dan dipukau ni! Kalau tidak peka...

Siapa Bacul? Azmin Atau...

TERSEPIT isu kebocoran maklumat rasuah seks dalam kerajaan Selangor dipercayai didedahkan Ahli Parlimen...

371 Mangsa Banjir Ditempatkan...

JOHOR BAHARU - Sejumlah 371 orang daripada 107 keluarga di Mukim Sri Gading,...

Bekas Polis Ditahan Menyamar...

GEORGE TOWN - Seorang bekas anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes seorang...

Pakatan Tidak Amal Politik Balas Dendam – Fuziah

KUANTAN – Pakatan Harapan (PH) tidak mengamalkan politik balas dendam terhadap Barisan Nasional (BN) atau penyokongnya, kata Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Beliau berkata apa juga perubahan yang dilakukan selepas ini bakal dinikmati oleh semua rakyat negara ini dan beliau sendiri akan terus berkhidmat tanpa mengira pendirian parti rakyat.

“Kemenangan PH adalah kemenangan rakyat dan kerja saya sendiri bertambah. Tetapi saya tidak risau kerana saya sudah biasa bekerja sebagai pembangkang sejak 10 tahun yang lalu walaupun saya dinafikan hak peruntukan.

“Kita tidak amalkan politik balas dendam. Kita jatuhkan BN kerana mereka zalim dan bangkit kerana kita sayangkan negara dan tidak mahu negara terus dibelenggu hutang dan rasuah,” katanya pada Jamuan Kesyukuran Rakyat di Padang Kemunting di sini, hari ini.

Fuziah yang menjiwai isu berkaitan kebajikan wanita dan alam sekitar menyifatkan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu adalah kemenangan golongan ibu yang tidak mahu anak mereka terus dibelenggu masalah hutang negara.

Berhubung desas-desus jika namanya diketengahkan untuk memegang sebarang jawatan di peringkat Persekutuan, Fuziah memberitahu beliau tidak melobi sebaliknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

Beliau juga menyifatkan bahawa ‘jawatan di peringkat Persekutuan’ bukan satu keistimewaan tetapi merupakan tanggungjawab berat yang perlu digalas, jika diberikan kepercayaan itu dan buat masa ini, keutamaannya adalah berkhidmat untuk rakyat Kuantan.


“Saya sudah aturkan perjumpaan dengan stakeholders di sini untuk mendengar permasalahan mereka. Saya juga berikrar untuk sekurang-kurangnya sebulan sekali akan membuka klinik untuk mendengar masalah rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai isu projek Lynas di Gebeng di sini yang ‘diperjuangkan’ beliau sejak dahulu, Fuziah berkata perkara itu masih menjadi tumpuannya kerana ia melibatkan soal kesihatan dan alam sekitar penduduk daerah ini.

Katanya, beliau akan cuba mendapatkan dokumen berkaitan daripada pihak terlibat dan menegaskan tidak pernah berniat untuk menutup kilang itu, namun mahu memastikan kaedah yang digunakan adalah selamat. – BERNAMA

Kategori