Pakatan Jamin Konon Nikmat Untuk Semua Penjawat Awam

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan tidak akan lihat aspek kaum dan agama dalam kalangan penjawat awam jika gabungan parti pembangkang itu menang dan memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Pakatan Harapan memberi jaminan konon kakitangan kerajaan walau apa kaum dan agama akan memperoleh nikmat lebih baik dalam sektor awam jika pembangkang berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Adalah tidak bertanggungjawab menakutkan penjawat awam Melayu, Pakatan Harapan akan “menggelapkan” masa depan mereka jiika menang PRU14.

“Pakatan Harapan akan menunjukkan bahawa penjawat awam akan menikmati yang lebih baik tanpa mengira kaum dan agama mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Kenyataan terbaharu beliau itu ternyata bercanggah dengan hasrat beberapa pemimpin DAP yang mahu mengurangkan jumlah penjawat awam konon bilangannya amat besar membebankan bajet kewangan negara!

Langkah pelik itu dijangka menyaksikan lebih separuh daripada kakitangan awam dibuang kerja yang majoritinya Melayu dan ada kalangan mereka sendiri merupakan penyokong tegar pembangkang.

Kit Siang dalam kenyataan sama mengulangi bantahannya ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak membenarkan `pesta arak’ Better Beer Festival diadakan di ibu negara.

Kata beliau, rakyat Malaysia berhak bertanya sama ada mampukah PDRM berhadapan ancaman penganas yang lebih besar sedangkan pasukan itu tidak mampu menangani ancaman pengganas ke atas Better Beer Festival.

Beliau malah mempersoalkan mengapa PDRM tidak batal sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60 di Perak apabila polis mendedahkan kumpulan militan Negara Islam merancang untuk lancar serangan ke atas sambutan itu. – MYNEWSHUB.CC