Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Senarai Calon UMNO P.Pinang...

GEORGE TOWN - Senarai calon UMNO Pulau Pinang untuk pilihan raya umum ke-14...

Skim Insurans Penggiat Seni...

KUALA LUMPUR — Skim perlindungan insurans bagi penggiat industri hiburan akan diperkenalkan dalam...

Pemandu Bas Ekspres Ditahan...

Melaka : Seorang pemandu bas ekspres ditahan dipercayai positif dadah jenis ganja dalam...

Bekalan Air Masih Terkawal...

KUALA LUMPUR - Bekalan air masih dalam keadaan terkawal walaupun negara sedang berdepan...

Pakatan Harapan Umpama Kera Dapat Bunga

1. Pimpinan Pakatan Harapan pada hari ini dilihat sangat kemaruk kepada kuasa hingga lupa masalah rakyat, kemelesetan ekonomi negara, isu anak muda dan janji manis manifesto mereka. Pergolakan kuasa jelas dilihat di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melibatkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan dan ADUN-ADUN Pakatan Harapan yang sekarang ini berpecah-belah dan berpuak-puak.

2. Di peringkat Kerajaan Persekutuan, isu siapa “bakal PM” masih lagi diperkatakan dan diperdebatkan walhal Perdana Menteri sudah menyatakan komitmen beliau untuk berundur apabila selesai tugasannya. Kelompok puak-puak PKR yang mendesak “tarikh keramat” Perdana Menteri berundur adalah golongan biadap kepada kepimpinan Perdana Menteri. Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Azmin Ali yang menyatakan bahawa sokongan kepada Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri hingga akhir penggal pula dilihat provokatif, sebagai tindak-balas isu video semburit yang dikatakan menjadi bahan untuk menamatkan kerjaya politik beliau. Azmin Ali dilihat calon saingan kepada “bakal PM”.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) turut menyelar tindakan-tindakan sesetengah Timbalan Menteri yang dilihat melangkaui keputusan dan kenyataan Menteri itu sendiri. Keadaan ini menjadikan kepimpinan Pakatan Harapan di peringkat Kerajaan Persekutuan menjadi cacamarba. Isu seni Khat dan penulisan jawi asas yang hanya melibatkan 4 mukasurat pada buku latihan anak-anak Malaysia telah menjadi isu besar negara. Walaupun Menteri Pendidikan, YB Maszlee dan Perdana Menteri telah membuat kenyataan rasmi, Timbalan Menteri Pendidikan pula terhegeh-hegeh menjadi wira kepada NGO-NGO Cina dengan mengadakan pelbagai perbincangan dengan mereka. Ingat, Dong Zong merupakan peneraju kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), tetapi kini banyak pula memainkan peranan untuk menjuarai Sekolah Jenis Kebangsaan.

4. Di peringkat Kerajaan Negeri, desas-desus bertiup kencang mengenai isu Menteri Besar di Selangor, Perak, Johor dan Kedah. Parti komponen Pakatan Harapan seperti PKR, PPBM dan DAP bercakaran di peringkat negeri untuk menunjukkan siapa lebih berkuasa dek kerana Menteri Besar sekarang adalah dari kalangan parti minoriti yang mendapat sokongan DUN. Di Selangor, krisis Menteri Besar dan Speaker Dewan hangat diperkatakan oleh kerana Menteri Besar Selangor sekarang bukanlah calon yang dipilih secara consensus oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan yang lain sejurus mereka menang pilihanraya. Umum mengetahui, Menteri Besar Selangor sekarang adalah anak didik Azmin Ali.

5. Setelah hampir 16 bulan Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan negara di peringkat Kerajaan Pusat dan beberapa Kerajaan Negeri, pergolakan kuasa berterusan berlaku hingga isu-isu rakyat dan isu ekonomi diketepikan. Pakatan Harapan umpama kera mendapat bunga kerana tidak tahu menilai dan menghargai mandat rakyat Malaysia. Lebih malang, ada yang menunjuk-nunjuk dengan kuasa yang ada sekarang dan menekan rakyat dengan dasar-dasar tidak munasabah!


Selamatkan Kembali Malaysia!

#SelamatkanKembaliMalaysia #SaveMalaysiaAgain #PemudaMemimpin

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori