Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembesar Suara Paling Cool...

KEPADA anda yang berimpian ingin menjadi bintang muzik Rock, anda pasti pernah juga...

Lelaki Rentung Dalam Rumah...

BELURAN - Seorang lelaki ditemukan mati rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung...

Tragedi Deepavali.. Remaja India...

Malang tidak berbau, itu ungkapan bagi mengambarkan kejadian tragis seorang remaja lelaki apabila...

7 Tips Menghadapi Harga...

Kerajaan baru sahaja mengumumkan harga minyak naik 20 sen bagi subsidi petrol RON95....

Pakatan Harapan Terima PPBM Jadi Anggota

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan bersetuju menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai gabungan parti pembangkang itu.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan dalam satu perbincangan hari ini.

Antara pemimpin pembangkang yang terlibat dalam perbincangan itu ialah Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Rafizi Ramli.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengasaskan penubuhan PPBM baru-baru ini memaklumkan parti itu akan menyertai Pakatan Harapan.

Mahathir terdesak bertindak demikian ekoran sokongan hambar rakyat ke atas parti barunya maka terpaksa mengharapkan sokongan penyokong Pakatan Harapan.


Mahathir menubuhkan PPBM gara-gara berdendam dengan kerajaan Persekutuan kerana enggan memenuhi beberapa kepentingan peribadinya dalam urusan perniagaan dan politik.

Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) diketuai oleh parti sekular DAP. -MYNEWSHUB.CC

Kategori