Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Semak Semula Tugas Penjawat...

PUTRAJAYA : Deskripsi tugas penjawat awam perlu disemak semula untuk menangani isu rasuah...

Bila Jururawat Bengang Pekerja...

KERJAYA sebagai jururawat sememangnya menuntut kesabaran yang amat tinggi apatah lagi terpaksa berhadapan...

Najib Saman Shukri, Amar,...

SAMAN.... Setelah sekian lama dimalukan secara terbuka tanpa sebarang bukti sah, Datuk Seri...

Anggota Kabinet Boleh Digugurkan...

KUALA LUMPUR — Anggota Kabinet yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan boleh...

Pakatan Bantah Galakkan Mahasiswa Jadi Usahawan

KUALA LUMPUR – Pemuda Pakatan Harapan membantah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyeru mahasiswa supaya mengubah mentaliti makan gaji dan berusaha menjadi usahawan yang mampu menawarkan pekerjaan kepada individu lain.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad turut membidas Najib kerana menyatakan bahawa mahasiswa perlu mencabar diri untuk memilih bidang keusahawanan yang boleh menjanjikan masa depan yang lebih bermakna kepada diri, keluarga dan orang lain.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa Najib tidak sepatutnya berkata demikian kerana adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan mahasisiwa dapat kerja makan gaji selepas tamat pengajian.

“Kerajaan sepatutnya berusaha mencari penyelesaian untuk peluang pekerjaaan yang kini semakin terhad. Bukannya mengubah mentaliti rakyat, Najib yang patut ubah mentaliti untuk membantu rakyat terutama golongan muda,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Nazmi seterusnya mendakwa, bukan perkara mudah untuk menjadi seorang usahawan dalam keadaan ekonomi sekarang.


Beliau turut berpandangan kononnya mahasiswa perlu bekerja makan gaji sekurang-kurangnya selama lima tahun sebelum boleh menjadi usahawan bagi mengumpul modal perniagaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori