Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Dipindahkan Di...

KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang hampir pulih dengan hanya 397 mangsa masih...

Pendekatan Allahyarham Noor Zahidi...

KUALA KUBU BHARU - Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari...

Presiden FAM: KJ Ambil...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengambil pendirian tunggu dan lihat...

Ekonomi Memperkasakan Kesejahteraan Rakyat

LANGKAWI - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha memperkasakan kesejahteraan rakyat memerlukan...

Pakat Dengan 3 Kekasih Bunuh Suami Sendiri

TRAGIK… Seorang wanita ditahan polis kerana bunuh suaminya dengan bantuan tiga kekasihnya sebelum mengerat mayat mangsa dan sumbat ke dalam guni yang dibuang di tiga lokasi berbeza.

Akhbar tempatan, Times of India melaporkan, kejadian ngeri pada 1 April lalu di Goa itu terbongkar selepas seorang saksi memaklumkan polis mengenai pembunuhan berkenaan tiga hari lalu.

Mangsa, Basavraj Bariki, 38, secara kebetulan tidak pula mempunyai keluarga di Goa dan menyebabkan berita kehilangannya tidak dilaporkan oleh sesiapa pun.

Jurucakap polis India, Arvind Gawas berkata, isteri mangsa, Kalpana Bariki, 30, dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan tiga lelaki.

Perbuatan Kalpana itu dihidu suaminya menyebabkan mereka sering bertengkar. Selepas pertengkaran pada 1 April lalu, dia berpakat dengan semua kekasihnya untuk membunuh mangsa.

Times Now News melaporkan, Kalpana mencekik Basavraj menggunakan tali sementara tiga kekasihnya itu memegang mangsa.


Selepas mangsa mati mereka mengerat mayat itu sebelum membuangnya di beberapa lokasi di Dudhsagar. – Agensi/BH ONLINE

*Video sekadar hiasan…

Kategori