Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Trump Mahu Presiden Syria...

WASHINGTON – Pre­siden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu supaya pemimpin Syria, Bashar...

Pengeluaran Mempelam Harum Manis...

KOTA BAHARU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangkakan pengeluaran mempelam harum manis...

2 Rumah Hangus Terbakar...

SEREMBAN - Dua rumah hangus terbakar dalam dua kejadian berasingan di Nilai dan...

Perhimpunan #Kitalawan: Ketua Pemuda...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong hari ini tampil ke...

Pak Yus Bukan Sekadar Pelawak – Sabri Yunus

PENGARAH Sabri Yunus berkata, dia berasa puas hati kerana dapat mencungkil sisi berbeza Allahyarham Pak Yus sebagai pelakon dalam filem Dukun Doktor Dani pada 20 November tahun lalu, sebelum pelawak itu meninggal dunia.

Menurut Sabri menerusi watak Chot, Pak Yus berjaya membuktikan dirinya bukan sahaja seorang pelawak malah mempunyai potensi besar dalam melakonkan watak serius.

“Saya kenal dengan arwah sejak dia masuk Raja Lawak musim pertama dan saya lihat dia ada potensi besar sebagai pelakon, bukan sekadar pelawak.

“Saya ambil Pak Yus berlakon kerana saya tahu dan yakin ada sesuatu dalam dirinya yang belum pernah dilihat oleh sesiapa.

“Tiada sesiapa yang melihatnya sebagai seorang pelakon sebelum ini dan dia telah membuktikan dirinya seorang pelakon menerusi filem Doktor Dukun Dani,” kata Sabri kepada mStar Online.


Pak Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia setelah mengadu sesak nafas dan jasanya telah disemadikan di Kangar, Perlis. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori