Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Buat Aksi ‘wheelie’ Di...

KUALA TERENGGANU : Tindakan seorang mat rempit dari Kelantan melakukan aksi wheelie secara...

Eropah Dalam Ketakutan, Askar...

MELALUI laporan media antarabangsa, bandar-bandar di Eropah kini dikawal oleh pasukan tentera setelah beberapa...

Jari Bengkak Terlekat Di...

KOTA BELUD - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bengkak jari apabila terlekat...

RLIR: Pasukan ‘Oi!’ Sudah...

LANGKAWI - Pasukan 'Oi! dari Australia sudah mengesahkan kejuaraan kelas Racing pada Kejohanan...

Pahang Dapat Sultan Baharu Bakal Agong Baharu?

SPEKULASI… Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mungkin bakal ditabal sebagai Sultan Pahang keenam bagi membolehkannya menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Justeru, pihak Institusi Diraja Pahang dilapor akan mengadakan mesyuarat minggu ini bagi membincangkan hasrat tersebut dan sekiranya diterima Tengku Abdullah bakal ditabalkan sebagai Sultan Pahang baharu pada Jumaat ini.

Menurut sumber dalaman dipetik media tempatan, perbincangan itu hanya akan dihadiri ahli kerabat terdekat dan penasihat mereka, malahan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dikatakan sedia maklum mengenai hal tersebut.

“Jika cadangan berkenaan diterima semua pihak, ia juga akan buka laluan kepada Tengku Abdullah sendiri untuk dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu berdasarkan kepada sistem pusingan giliran buat kali kedua.

“Berdasarkan sistem tersebut, sepatutnya giliran Pahang menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 selepas Kelantan dan kami ingin menghormatinya,” kata sumber seperti dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times.

Tambah laporan tersebut, di bawah perlembagaan Pahang sendiri, urusan penggantian takhta sebenarnya boleh dilakukan tanpa masalah sekiranya penyandang sultan sedia ada itu bersetuju untuk melepaskan hak dan kuasanya.


Tengku Abdullah, 59, merupakan putera sulung Sultan Ahmad Shah Almarhum Sultan Abu Bakar dan Tengku Ampuan Afzan. Ayahanda baginda pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dari 1979 hingga 1984.

Sultan Muhammad V pada Ahad lalu melakar sejarah apabila menjadi Yang di-Pertuan Agong kali pertama lepas jawatan ketika Seri Paduka Baginda itu masih dalam tempoh perkhidmatan namun tidak dinyata apakah sebabnya.

Majlis Raja-Raja akan adakan mesyuarat khas di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 24 Januari ini bagi pemilihan Yang di-Pertuan Agong baharu namun tidak tertakluk kepada senarai sistem penggiliran. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori