Page, Brin Tinggalkan Syarikat Induk Google

CALIFORNIA – Larry Page dan Sergey Brin, pengasas bersama Google meninggalkan syarikat induk firma gergasi online itu.

Mereka, masing-masing melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Alphabet tetapi kekal dalam lembaga pengarah syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet.

Alphabet diwujudkan pada tahun 2015 semasa penstrukturan korporat Google.

Syarikat induk itu bertujuan untuk menjadikan aktiviti gergasi teknologi “bersih dan lebih bertanggungjawab” kerana ia berkembang daripada carian Internet hingga kereta memandu sendiri.

Pasangan itu berpindah dari Google ke Alphabet untuk membuat lonjakan yang memberi tumpuan untuk memulakan inisiatif baru.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, akan terus “terlibat secara aktif sebagai ahli lembaga pengarah, pemegang saham dan pengasas bersama” tetapi mengatakan ia adalah “masa semulajadi untuk mempermudahkan struktur pengurusan”.

“Kami tidak pernah memegang peranan pengurusan apabila kami fikir ada cara yang lebih baik untuk menjalankan operasi syarikat. Alphabet dan Google tidak lagi memerlukan dua Ketua Pegawai Eksekutif dan seorang Presiden,” kata mereka. – Agensi

Loading...