Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ajak Kawan Gay...

VIRAL.. cerita mengenai seorang lelaki normal yang menjadikan rakan karib yang juga seorang...

Galakan Isteri, Wajah 2...

RIO DE JANEIRO - Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke...

Bangga Bila Menteri Pakai...

KUALA TERENGGANU - “Rasa bangga juga apabila melihat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk...

DBKL Pindah Depoh Simpanan...

KUALA LUMPUR - Depoh Simpanan Kenderaan Ditunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di...

Pagar Bolos, Penyeludupan Berterusan Di Padang Besar

PADANG BESAR – Polis Perlis merampas antara 200 dan 300 kilogram (kg) barang seludup antaranya daun ketum dan rokok setiap hari dalam operasi di kawasan sempadan di utara negara sejak 3 September lepas.

Kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan menjadi ‘panas’ apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan video kegiatan penyeludupan di Padang Besar, Perlis pada Oktober lepas.

Pendedahan itu walaupun berjaya membuat anggota sindiket ‘panas punggung’ namun belum mampu mengekang aktiviti itu di sempadan tanah air.

Ini kerana masih ada barang dari negara ini termasuk daun ketum berjaya tembus ke negara jiran, Thailand, melalui aktiviti penyeludupan rentas sempadan.

“Setiap hari rampasan (pelbagai) barang seludup berjumlah 200 ke 300kg adalah perkara biasa hasil operasi tanpa gagal sejak 3 September,” kata Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad yang mula bertugas di Perlis pada tarikh itu.

Mengikut rekod IPD Padang Besar, rampasan daun ketum meningkat 51.1 peratus iaitu sebanyak 81,851.54kg dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 40,037.3kg tahun lepas.

Malah kawasan sempadan yang ‘mati’ dengan pagar uzur dan berlubang dipercayai antara faktor yang mendorong aktiviti penyeludupan berterusan melalui pelbagai taktik.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Pak Ku baru-baru ini membawa Bernama meninjau ke kawasan berhampiran landasan kereta api Padang Besar, dia menunjukkan pagar yang memisahkan kedua-dua negara ini bukan sahaja kelihatan uzur, malah ada yang berlubang.

“Barang yang ingin diseludup termasuk ketum akan dilempar melepasi pagar atau menerusi pagar yang telah dirosakkan oleh sindiket dan di sebelah sana ada orang yang tunggu untuk kutip.

“Orang tempatan memang ramai yang tahu mengenai aktiviti ini tapi tak berani bersuara sebab ada orang tempatan yang terlibat juga dalam sindiket penyeludupan ni,” kata Pak Ku yang berpesan kepada penulis supaya tidak bertanya kepada orang sembarangan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Berdasar rekod polis, kawasan seperti Kampung Melayu dan Kampung Kolam yang terletak bersebelahan dengan pekan Sadao di selatan Thailand dan dipisahkan dengan pagar adalah lokasi strategik untuk meletakkan apa jua barang yang ingin diseludup.

Malah, rumah serta kawasan kampung itu turut dijadikan lokasi meletakkan daun ketum yang diisi ke dalam guni sebelum dipercayai dibawa ke pekan Sadao menggunakan pelbagai kaedah.


Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mot mendedahkan kaki-kaki sindiket akan menyewa rumah di sekitar Padang Besar untuk dijadikan stor menyimpan bekalan daun ketum.

“Ada yang gunakan rumah usang untuk dijadikan tempat mengumpul daun ketum… mereka ini mahu keluar barang (daun ketum) kerana untungnya tinggi.

“Sindiket biasanya beli daun ketum dengan harga RM10 atau RM20 sekilogram di mana-mana kawasan di utara sebelum menjualnya dengan harga yang tinggi iaitu antara RM100 hingga RM150 sekilogram di negara jiran,” katanya.

Beberapa lokasi yang dijadikan tempat menyimpan daun ketum yang ingin diseludup berjaya dibongkar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dengan serbuan terbaharu pada 24 Oktober lepas di mana 1.6 tan daun ketum yang disimpan di sebuah rumah di Felda Mata Ayer di sini, berjaya dirampas.

Menurut Mot daun ketum mendapat permintaan tinggi kerana negara gajah putih itu tidak mempunyai bekalan ekoran undang-undang ketat negara itu.

“Memang keadaan sekarang tengah panas sebab orang sana (Thailand) nak daun biak (ketum) tetapi nak bawa keluar sekarang susah,” katanya merujuk tindakan penguatkuasaan tempatan yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, bercakap kepada Bernama, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Mohamad Halim Yatim berkata, modus operandi terbaharu penyeludup adalah membawa keluar daun ketum ke negara jiran dalam kuantiti yang kecil bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Mereka akan letak daun ketum dalam guni yang kecil dan kemudian meletakkannya berhampiran pagar-pagar di sempadan… apabila ‘line clear’ mereka akan campak guni berisi daun ketum itu ke negara jiran melepasi pagar yang memisahkan kedua-dua negara,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya memberi fokus terhadap usaha membanteras kegiatan penyeludupan di sempadan negara termasuk daun ketum.

Pada Mei tahun lepas, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah ketika itu menyatakan tembok dan pagar sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 29 kilometer dari Padang Besar ke Bukit Kayu Hitam telah usang dan tidak lagi kukuh untuk tujuan keselamatan.

Kategori