Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tiket Sukan SEA Dijual...

KUALA LUMPUR - Tiket bagi menyaksikan beberapa acara Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017...

GTP Pada Landasan Tepat...

KUALA LUMPUR -- Program Transformasi Kerajaan (GTP) berada pada landasan yang tepat dan memberi...

Najib, PM Thailand Bincang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan dengan...

Radio Live Di FB...

NAMA Faizal Ismail mula dikenali apabila menjadi penyampai radio pertama di stesen Hot...

Paderi Ditahan Cabul Gadis Di Perai

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki yang juga paderi bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencabul kehormatan seorang gadis yang datang mengurut di rumahnya di sebuah apartment di Jalan Laguna 2, Perai di sini baru-baru ini.

Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan pada 18 Dis lepas selepas gadis berusia 24 tahun berkenaan membuat laporan polis dan paderi tersebut akan didakwa di Mahkamah Butterworth Jumaat ini (28 Dis).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kejadian itu dipercayai berlaku selepas mangsa yang bekerja sebagai kerani telah pergi ke rumah paderi berkenaan yang juga bapa angkat rakannya bagi melakukan rawatan penyakit sendi pada 1 Dis lepas.

Katanya dalam kejadian pukul 2 petang itu, lelaki berkenaan mengurut kaki mangsa di ruang tamu rumah suspek sebelum dia bertindak membuka pakaian gadis tersebut kerana mendakwa perlu mengurut seluruh badan bagi melancarkan darah.

“Paderi itu telah mengurut seluruh badan mangsa sebelum memasukkan jarinya ke dalam kemaluan gadis itu sambil mendakwa ia merupakan tempat tumpuan penyakit yang dihidapi mangsa,” katanya di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata lelaki itu yang sudah berkahwin telah berpesan kepada mangsa agar tidak memaklumkan kejadian tersebut kepada sesiapa.


“Lelaki itu sebelum ini didakwa selalu menyentuh badan mangsa seperti pada bahu, dada dan punggungnya ketika mangsa pergi berjumpa kawannya di situ. Suspek juga didakwa selalu mengatakan mahu merogol mangsa,” katanya.

Beliau berkata selain mangsa, polis turut menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang turut mendakwa dicabul lelaki itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

Katanya pihak polis telah merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya bagi tindakan pertuduhan ke atas suspek yang dijangka dilakukan pada Jumaat ini dan jika terdapat mangsa yang pernah dicabul paderi itu diminta membuat laporan polis. – BERNAMA

Kategori