Padah Tunjuk Kemaluan Depan Isteri Orang

GELARAN gila seks sesuai diberikan kepada lelaki yang menunjukkan kemaluannya di hadapan suri rumah dalam kejadian di Binjai Rendah, di Marang, semalam.

Suspek berusia 42 tahun itu ditahan polis 6.10 petang susulan laporan yang dibuat mangsa berusia 45 tahun di Balai Polis Bukit Payong.

Menurut sumber, mangsa yang berada di dapur rumahnya ternampak seorang lelaki dikenali (suspek) berada di belakang rumah sedang melakukan perbuatan tidak senonoh pada 7.45 pagi.

Katanya, suspek dikatakan bertindak menunjukkan kemaluannya kepada mangsa dan perbuatan itu turut sempat disaksikan suami mangsa.

“Namun, suspek segera beredar sebaik menyedari tindakannya itu dilihat suami mangsa.

“Mangsa mendakwa suspek kerap melakukan perbuatan sama di sekitar kawasan rumahnya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau. – myMetro Online

Loading...