Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia-Indonesia Bincang Keselamatan Sempadan

LIMBANG - Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw ketika melakukan...

Selepas 5 Bulan, Apa...

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

Guru Dipenjara Kerana Miliki...

SEORANG guru geografi dihukum penjara selepas mengaku bersalah memiliki 4,393 imej lucah membabitkan...

Air Pasang Besar Dijangka...

PETALING JAYA – Pusat Hidrografi Nasional meramalkan air pasang besar dijangka berlaku di...

Padah Penarik Kereta Lagak Samseng Halang Jalan

SHAH ALAM – Polis menahan dua penarik kereta bagi membantu siasatan berhubung tindakan mereka yang dipercayai cuba mengugut dan menghalang laluan seorang pemilik kenderaan.

Suspek berjaya ditahan susulan tular rakaman video menerusi media sosial yang memaparkan aksi kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat servis pendingin hawa di Rawang Mutiara, dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 4.40 petang itu, kedua-dua suspek masing-masing berusia 25 dan 32 tahun bersama tiga lagi rakan mereka datang ke lokasi kejadian dengan menaiki kereta Proton Wira dan Proton Persona.

Kumpulan tersebut seterusnya meletakkan kenderaan mereka di belakang sebuah kereta Proton Saga FLX bagi menghalang pemilik kenderaan berkenaan daripada cuba melarikan diri dengan membawa keluar.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, lima lelaki itu kemudian menghampiri pemilik kereta Proton Saga FLX berusia 33 tahun dan mahu merampas kunci kenderaannya tanpa memperkenalkan diri.

“Kejadian itu namun menakutkan pemilik kereta Proton Saga FLX yang kemudiannya bertindak mengundurkan kenderaannya ke belakang untuk nekad melarikan diri kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

“Ketika mengundurkan kenderaan, pemilik kereta tersebut telah melanggar kereta Proton Wira yang menghalang laluannya sebelum berjaya meninggalkan tempat tersebut,” katanya ketika dihubungi pihak media.


Bagaimanapun Ali seterusnya memaklumkan bahawa tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dan kedua-dua belah pihak telah pun membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut.

Tambah beliau, selain penahanan dua suspek berkenaan, keterangan daripada beberapa saksi juga telah diambil polis bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan.

Dalam satu video tular di media sosial berdurasi satu minit itu, pemandu kereta Proton Saga FLX dilihat cuba mengundurkan kenderaan dan melanggar kereta Proton Wira yang menghalang laluannya.

Menurut maklumat awal, kejadian itu dipercayai berlaku kerana pemandu Proton Wira yang merupakan penarik kereta cuba mengambil kunci Proton Saga FLX tersebut untuk dipulangkan semula kepada pihak bank.

Ia dilakukan atas alasan kegagalan daripada lelaki tersebut sendiri untuk menjelaskan ansuran bayaran bulanan kepada institusi perbankan berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori