Padah Mahu Pulang Bersalin Di Kampung Halaman

WANITA mengandung dari Kuala Krai yang disahkan positif Covid-19 pulang ke kampung halaman untuk bersalin anak kedua.

Mangsa berusia 30-an dikatakan pulang dari Ampang, Kuala Lumpur ke Kampung Sungai Durian, Kuala Krai pada 15 Mei lalu.

Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, berkata berdasarkan keterangan pesakit, wanita berkenaan pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah memasuki 35 minggu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Apa yang bahaya, pesakit ini tidak mempunyai tanda-tanda seperti demam atau batuk yang menyebabkan dia bebas bergerak.

“Mangsa pulang pada 15 Mei dan tiada kaitan dengan perjalanan Gerak Malaysia. Rasanya balik untuk bersalin.

“Sehubungan itu, seramai 20 individu dikuarantin termasuk ahli keluarga dan kakitangan klinik kesihatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, selepas lebih sebulan bebas daripada Covid-19, Kelantan kembali mencatatkan satu kes terbaharu di Kuala Krai membabitkan wanita mengandung.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin, berkata mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). – myMetro Online

Loading...