Padah Cuba Culik Wanita Sampai Kejar Ke Pusat Karate

TINDAKAN seorang lelaki cuba menculik seorang wanita sehingga mengejarnya ke pusat karate mengundang padah apabila dia kemudiannya dipukul oleh seorang guru seni mempertahankan diri.

August Williams, 47, dikatakan mengikut mangsa ke Bushiken Karate Charlotte Dojo di North Carolina, Amerika Syarikat pada malam Khamis.

Bagaimanapun, Randall Ephraim yang merupakan ketua jurulatih di sekolah karate itu berada di pusat berkenaan ketika itu, melakukan kerja-kerja pembersihan.

Dia kemudian meminta Williams supaya beredar tetapi suspek enggan sehingga keadaan menjadi tegang.

Jurulatih itu berkata: “Dia sangat kuat, sangat sangat kuat, orang yang sangat kuat.”

Suspek cuba untuk terus memasuki ke gelanggang itu, dengan menolaknya secara agresif.

“Saya kemudian mempertahankan diri saya dan membuatkan dia keluar dari situ. Sebaik berada di luar dia cuba untuk menyerang balik dan saya ajar dia cukup-cukup,” katanya.

Williams dikejarkan ke hospital tetapi kemudian ditahan.

Kecederaan suspek bagaimanapun tidak diketahui.

Menurut laporan WBTV, Williams didakwa di atas cubaan menculik, menyerang dan kesalahan-kesalahan lain membabitkan insiden tersebut. – Mirror Online

Loading...