Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tak Cadang Laksana Semula...

KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak bercadang melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),...

Abdul Hadi Dinasihat Doktor...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dinasihatkan untuk berehat...

Kes Baharu COVID-19 Kembali...

KUALA LUMPUR - Kes baharu positif Covid-19 di negara ini kembali melebihi angka...

Teruja Jaringkan Gol, Aksi...

AKIBAT terlalu teruja dengan jaringan gol yang dilakukannya, seorang pemain bola sepak muda...

Padah Bar Nama Raja Dadah, Colombia Selar Singapura

SINGAPURA – Sebuah bar dengan nama raja dadah Colombia, Pablo Escobar terpalit kontroversi selepas Kedutaan Colombia di sini dan Biro Narkotik Pusat (CNB) bertindak ke atas temanya itu.

Pejabat diplomatik negara Amerika Latin itu mengesahkan pada Selasa pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada Kementerian Ehwal Luar Singapura bagi menyelar premis hiburan yang baru berusia tiga minggu tersebut.

Bar eksklusif yang diberi nama Escobar itu terletak di China Square Central. Ia malah menampilkan tema berkaitan legenda warga Colombia itu, yang mengetuai kartel dadah Medellin dan dikenali dengan perdagangan kokain.

Jurucakap CNB dalam pada itu mengatakan cara penggunaan nama dan imej Escobar bagi promosi bar itu dibantah keras dan tidak selaras dengan pendekatan tidak bertolak ansur Singapura terhadap penyalahgunaan dadah.

Escobar merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia pada dekad 1980-an melalui penjualan kokain. Dia juga dalang di sebalik kempen ganas termasuk pengeboman, penculikan dan pembunuhan ribuan individu di Colombia.

Ini termasuk kalangan ahli politik tempatan, hakim mahkamah dan wartawan media yang dikenal pasti sering menghalang pergerakan aktiviti jenayah narkotiknya. Pada 1993, dia ditembak mati oleh pihak polis Colombia.

Meskipun kedutaan itu enggan mendedahkan surat rasminya kepada pihak pengurusan bar tersebut, satu laporan memetik sumber diplomatik menyatakan bahawa nama dan imej bar berkenaan boleh mengelirukan pelanggan.

Paling dibimbangi ia mungkin mewajarkan tindakan jenayah dan menyukarkan usaha pemerintah Singapura sendiri yang sejak sekian lama begitu agresif dalam membanteras pengedaran dadah haram di pulau republik tersebut.


Kedutaan Colombia juga tidak berpuas hati dengan cara bar berkenaan mengambil tema siri drama terkenal Netflix, Narcos, dan meminta pemerintah Singapura memberikan perhatian sewajarnya kepada aduan keprihatinannya.

Ini termasuk tindakan wajar bagi memulihkan imej bahaya itu. Siri berkenaan yang kini dalam musim ketiga dan dirakamkan di Colombia meliputi perang dadah, kartel Medellin, era kebangkitan serta kecundangnya Escobar.

Dalam pada itu, akhbar TODAY melaporkan bahawa CNB difahamkan sebilangan rakyat Singapura menyuarakan keprihatinan mereka menerusi media sosial bahkan masyarakat Colombia di negara tersebut turut berasa kecewa.

“CNB akan mendampingi bar dan ambil tindakan wajar bagi memegang teguh dasar tegas antidadah kami. Juga terus memerhati bar dan pelanggannya demi memastikan tiada kegiatan dadah di situ,” menurut jurucakapnya.

Pemilik bar itu, Stan Sri Ganesh, 36, memberitahu agensi berita tempatan Mediacorp bahawa pihak polis ada menghubunginya pada Isnin untuk hadir ke Kompleks Polis Cantonment sambil mengesahkan beliau akan hadir.

Lelaki berkenaan juga mengatakan adalah baik untuk mengetahui apa isu bakal diketengahkan pihak polis terhadap operasi bar itu yang jelas mematuhi segala undang-undang perniagaan tempatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori