Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mohd Zaidi Aziz Calon...

TANJUNG MALIM - Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz diumumkan sebagai...

Bubar UMNO Yang Sudah...

KOTA BHARU - Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi pendapat...

Kanak-Kanak Sembilan Tahun Ditemui...

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mati lemas selepas terjatuh...

Noraini Letak Jawatan Menteri...

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini...

PAC Tangguh Prosiding Ambrin Buang Berkenaan 1MDB

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen hari ini menangguhkan prosiding siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang ke satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu kenyataan hari ini.

Ronald sebelum ini dilapor berkata Ambrin yang dinamakan sebagai salah seorang saksi bagi siasatan semula 1MDB, merupakan Ketua Audit Negara ketika Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan syarikat pelaburan strategik negara itu.

Menurutnya, Ambrin yang sepatutnya memberi keterangan pada prosiding pertama siasatan semula 1MDB itu hari ini, telah membentangkan laporannya sebelum ini pada Mac tahun 2016 kepada PAC, dalam persidangan Parlimen penggal ke-13.

Dalam perkembangan lain, satu lagi prosiding iaitu mengenai tuntutan tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion membabitkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dijadualkan esok juga ditangguhkan ke pukul 2.30 petang 14 Nov ini. – BERNAMA

Kategori