Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Menteri Besar Kelantan Zahir...

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menzahirkan ucapan takziah kepada...

PRN Melaka: PAS Guna...

KUALA LUMPUR - PAS akan menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan...

732,911 Individu Lengkap 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 732,911 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi...

PAS Tuduh PAN Sabotaj...

KUALA LUMPUR - PAS menuduh Parti Amanah Negara (PAN) bertindak biadap dengan mensabotaj...

PAC Saran Kadar Bantuan Orang Tua Ditingkatkan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mencadangkan supaya kadar bantuan bulanan Bantuan Orang Tua (BOT) ditingkatkan selaras dengan kenaikan kos sara hidup.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Hasan Arifin berkata pihaknya turut mengesyorkan kementerian bertanggungjawab iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuat kajian semula bagi tujuan perlanjutan tempoh bantuan diteliti dan diperkemas agar bantuan kepada penerima yang layak tidak terputus atau tertangguh.

“PAC Parlimen bersetuju bahawa negara kita menuju ke arah negara masyarakat menua, seharusnya kementerian bertindak lebih proaktif dan mencari pelbagai alternatif dalam menuju ke arah sebuah negara berkebajikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAC hari ini membentangkan laporan berhubung program bantuan dan perkhidmatan kepada warga emas menerusi kementerian itu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) susulan penemuan Jabatan Audit Negara dalam pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1 yang dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai 2017.

Jawatankuasa itu telah mengadakan prosiding berhubung isu berkenaan.

Berdasarkan prosiding itu, PAC turut mengesyorkan kementerian tersebut dan JKM melaksanakan tinjauan dan pemantauan di lapangan dengan lebih kerap berhubung bantuan itu dan menyediakan latihan khusus kepada kakitangan Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PAWE) supaya dapat menjaga dan menguruskan warga emas dengan lebih profesional.


“Kementerian berkenaan dan JKM juga perlu memastikan setiap peralatan yang dibekalkan kepada PAWE diselenggara dengan baik serta tidak hanya bergantung kepada geran kerajaan semata-mata.

“PAC mahu agensi penguat kuasa berkaitan memberikan maklumat berhubung siasatan terhadap salah guna bantuan geran PAWE,” katanya. – BERNAMA

Kategori