Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Memandu Jika Berasa...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini...

Foot Golf, Gabungan Sukan...

JIKA sebelum ini sukan golf sering kali dikaitkan dengan golongan berpendapatan tinggi dan...

BN Boleh Menang PRU...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional...

Penjawat Awam ASEAN Perlu...

KUALA LUMPUR - Penjawat awam di negara anggota ASEAN perlu sentiasa mengingatkan dirinya...

P.Pinang Bukan Milik Agama, Kaum Tapi Milik Rakyat!

KUALA LUMPUR – “Negara kita tiada istilah kafir harbi mahupun kafir dzimmi. Negara kita yang ada adalah warganegara Malaysia yang ada hak dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Demikian penegasan pemimpin Pakatan Harapan, Mujahid Yusof Rawa dalam membayangkan kedudukan sama rata setiap agama dan kaum di negara ini.

Beliau turut memberi peringatan kepada tokoh masyarakat di Pulau Pinang supaya tidak termakan dengan kata-kata bahawa DAP adalah sebuah parti politik anti-Islam dan anti-Melayu.

“Mereka kata DAP anti-Melayu. Mainan politik ini cukup bahaya. Saya tidak mahu mana-mana tokoh masyarakat (di Pulau Pinang) termakan racun kebencian agama ini.

“Kita kena perangi habis-habisan. Pulau Pinang adalah negeri rakyat, bukan negeri mana-mana agama atau kaum. Tak boleh bagi muka,” katanya sewaktu berucap dalam satu majlis yang dipercayai berlangsung di Pulau Pinang.

Rakaman video ucapan beliau bertajuk “Mujahid Beri Amaran Kepada Ustaz Menyebar Kebencian Perkauman Dalam Masjid” itu disiarkan di laman Facebook rasmi PAN hari ini.

Mujahid yang merupakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) berkata, dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang anti-Melayu dan anti Islam merupakan api permainan yang sangat bahaya.


“Malangnya ada satu tempat pusat tempat ramai orang Islam Melayu selalu berhimpun iaitu masjid-masjid. Saya mahu jelaskan ada pengkuliah ajar agama Islam tetapi tergamak menyerang kerajaan negeri kita (kerajaan DAP Pulau Pinang) dengan suara rasis di masjid.

“Saya minta tolong (laporkan) mana-mana ustaz yang menimbulkan kebencian agama ini. Pakatan Harapan tidak mahu pengkuliah ini merosakkan Rahmatan Lil Alamin yang dibawa kerajaan Pulau Pinang,” tegasnya.

Mujahid menegaskan, umat Islam dilarang oleh Allah S.W.T mencaci agama lain, menyebarkan kebencian ke atas agama dan kaum lain kerana Allah S.W.T mencipta manusia untuk saling mengenali. – MYNEWSHUB.CC

Kategori