Othman Hashim Dilantik Pengerusi Suhakam

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengumumkan perlantikan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Othman Hashim dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang baru.

Dalam satu kenyataan, PMO berkata, perlantikan itu telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

“Pelantikan tersebut berkuatkuasa 27 April 2019 adalah untuk tempoh tiga tahun,” demikan menurut kenyataan yang sama.

Othman menggantikan Tan Sri Razali Ismail yang meletakkan jawatan dua minggu lebih awal sebelum berakhirnya tempoh tiga tahun pada 27 April lalu.

Antara yang turut dilantik adalah lima bekas Pesuruhjaya Suhakam iaitu Datuk Mah Weng Kwai, Datuk Godfrey Gregory Joitol, Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Jerald Joseph dan Datuk Lok Yim Pheng dilantik semula.

Dua lagi lantikan adalah bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus dan pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Madeline Berma pula kali pertama dilantik menganggotai Suhakam.

Loading...