Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Bakar Lelaki Bangladesh...

GEORGE TOWN - Seorang wanita warga Indonesia bertindak nekad membakar seorang lelaki Bangladesh...

Pertahan Tabung Haji Sebagai...

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan supaya pihak...

‘Pakaian Neelofa Macam Nak...

ANUGERAH MeleTOP Era 2017 (AME17) telah pun melabuh tirainya pada Ahad lalu, namun...

Gencatan Senjata Di Sudan...

KHARTOUM - Angkatan bersenjata Sudan bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tujuh hari -...

Otak Wanita Adalah Lebih Aktif Daripada Lelaki

DALAM satu ujian pengimejan fungsi otak oleh sebuah klinik di California, Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah apabila telah membandingkan 46,034 imbasan imbasan tomografi komputer emisi foton tunggal (SPECT) baru- baru ini.

Imbasan tersebut dikumpul daripada sembilan buah klinik yang berbeza bertujuan untuk mengetahui perbezaan antara otak wanita dan lelaki.

Kajian yang telah diterbitkan dalam Journal of Alzheimer’s Disease ini dikatakan sangat penting bagi memahami perbezaan otak mengikut jantina.

Perbezaan kuantitatif yang diperoleh membantu para penyelidik mengkaji risiko gangguan otak.

Apa yang lagi menarik, ketika kajian ini dijalankan sepasukan penyelidik mendapati otak wanita rata-rata dilihat lebih aktif pada banyak bahagian berbanding lelaki.

Terutamanya pada bahagian konteks prefrontal, di mana ia melibatkan kawalan impulse, pergerakan anggota serta kawalan mood.

Manakala, lelaki pula hanya cenderung aktif pada bahagian koordinasi dan pusat visual.

119 orang sukarelawan yang sihat dan 26,683 pesakit dengan pelbagai keadaan psikiatrik seperti trauma, gangguan bipolar, schizophrenia dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) telah dijadikan sebagai subjek dalam kajian ini.

Keputusan bagi kajian ini adalah teramat penting kerana gangguan pada organ berkenaan boleh memberi kesan yang berbeza kepada lelaki dan wanita.


Hal ini kerana wanita mempunyai risiko yang lebih besar untuk menghidap Alzheimer, kemurungan dan keresahan.

Manakala lelaki pula lebih berisiko untuk mendapat ADHD dan masalah perilaku. Jika dilihat pada dasarnya lelaki lebih ramai yang dimasukkan ke penjara kan?

Ahaa..inilah kesannya bila berlaku masalah gangguan pada otak. Bila mereka terganggu, mereka akan mula bertindak diluar jangkaan.

Hasil kajian lagi, menemui lebih banyak peredaran darah yang berlaku pada prefrontal wanita berbanding lelaki.

Ini adalah jawapan bagi menjelaskan mengapa perempuan lebih mudah mempamerkan emosi.

Selain itu, peredaran darah yang banyak pada kawasan limbik otak pula menjawab merupakan punca mengapa wanita lebih senang mengalami keresahan, insomnia dan kecelaruan makanan.

Berkemungkinan sebab itu jugalah majority nya wanita dikatakan lebih complicated daripada lelaki. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori