Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PRU-14: TPM Ingatkan Usah...

MUAFAKAT... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kalangan 'orang' UMNO dan parti...

Switzerland Negara Paling Bahagia...

NEW YORK – Switzerland dinobatkan sebagai negara paling bahagia di dunia sebelum ikuti...

4,000 Jemaah Tabligh Belum...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjejaki seramai 4,000 peserta ijtimak...

Siti Nordiana Selesa Dengan...

SEMENJAK kemunculan semulanya dalam industri seni dengan menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV2),...

Otai Rock May, XPDC Kongsi Pentas

KUALA LUMPUR – Otai rock legenda tanah air, XPDC dan May bakal berkongsi pentas dalam Konsert Metal Return 1.0 Live yang akan diadakan di Stadium Perak, Ipoh pada 15 Disember ini.

Agak lama tidak muncul menghiburkan peminat di kampung halaman sendiri, Mus selaku vokalis kumpulan May berharap peminat di negeri kelahirannya akan turun padang menyaksikan persembahan mereka.

“Dah lama juga kami tidak beraksi di negeri sendiri. Bila dipelawa untuk membuat persembahan di tempat kelahiran, saya dan ahli May yang lain tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

“Sudah pasti May akan menggunakan peluang ini untuk memberikan persembahan terbaik yang bakal memukau peminat kami,” katanya.

Sementara itu, XPDC yang baharu sahaja tampil dengan album berjudul Doa (Dakwah Only Allah) bakal menceriakan peminat dengan seleksi lagu-lagu popular termasuklah karya terbaharu.

“Kita saling berkongsi. Apa yang kami tahu, kami kongsikan dengan peminat. Kami bercerita benda yang baik dan orang akan dengar benda yang baik.

“Sama ada orang terima atau tidak, itu kerja Tuhan. Kami sudah puas hati dapat menyampaikan apa yang baik.


“Usia kami pun dah meningkat, takkan masih nak menyanyikan lagu cinta. Peminat yang mengikuti perkembangan XPDC pun dah seusia kami. Saya yakin mereka juga dapat menerima lagu-lagu berunsur ketuhanan,” ujar gitaris XPDC, Izo.

Kumpulan May dianggotai oleh Mus selaku vokalis, Abu (gitar), Yuss (bes) dan Man (dram). Manakala, ahli kumpulan XPDC pula ialah Ali (vokalis), Izo (gitaris), Eddie (bes), Lola (dram) dan Arif (gitar).

Tiket untuk menonton konsert anjuran Ladyboss Studio itu sudah boleh dibeli dan dijual pada harga RM60 hingga RM150 dengan menghubungi 019-2407994 (Mentari Merah). – UTUSAN ONLINE

Kategori