Osman Angkat Sumpah MB Johor Ke-16

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini.

Istiadat Penyerahan Watikah, Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Johor itu dilakukan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pukul 3.06 petang hari ini.

Osman, 67, yang juga merupakan Setiausaha Pakatan Harapan (PH) negeri menjadi Menteri Besar Johor ke-16 menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dari Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Rabu lalu, Osman menang hanya dengan majoriti 9,178 undi mengalahkan dua calon lain termasuk wakil BN. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...