Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

DAP Beri Jaminan Terus...

KUALA LUMPUR - DAP memberi jaminan akan terus menentang usaha PAS memperkasakan fungsi...

Noordin Yaani Meninggal Dunia

Melaka : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Noordin Yaani...

IS Dakwa Serang Resort...

TUNIS - Kumpulan militan negara Islam (IS) mendakwa bertanggungjawab dalam serangan di sebuah...

Majlis Raja-Raja Tidak Akan...

KUANTAN - Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Mohd Sharkar Shamsudin yakin Majlis Raja-Raja...

Organ ‘Hilang’, Ibu Bapa Tuntut Hak Kematian Anak

IBU BAPA mana yang tidak kecewa apabila mayat anak mereka ‘kosong’ kerana banyak organ dalamannya telah ‘hilang’ tanpa pengetahuan mereka?

Satu kejadian menyayat hati berlaku di Thailand baru-baru ini telah menggemparkan negara itu apabila seorang pelajar tahun pertama sekolah berprestij, Sekolah Persediaan Akademik Angkatan Tentera mati akibat serangan jantung.

Namun apa yang lebih mengejutkan ramai ialah apabila ibu bapa pelajar yang dikenali sebagai Pakapong Tagang, 18, mendapat tahu bahawa beberapa organ dalaman anaknya telah hilang.

Ibu bapanya, Pichet dan Sukanya Tanyakan kini telah menuntut penjelasan daripada pihak sekolah berkaitan kejadian tersebut.

Menurut portal Coconuts, Pichet memberitahu pihak media pada Isnin lalu bahawa mereka tidak menerima apa-apa butiran lain berkaitan kematian anak mereka.

Selain itu, mereka juga menerima sijil kematian yang agak mencurigakan dan mengatakan bahawa pelajar tersebut mati akibat serangan jantung secara tiba-tiba.

Oleh kerana rasa curiga, pasangan yang merupakan pelumba profesional itu telah melakukan autopsi secara rahsia di Chonburi selepas mayat anak mereka dikeluarkan untuk upacara pengebumian.

Pasangan itu telah membawa keluar mayat anak mereka dan membawanya ke hospital tanpa pengetahuan sesiapa dengan membiarkan peti mayat itu kosong di kuil yang mana upacara pengebumian dilakukan pada 24 Oktober lalu.


Keputusan autopsi bagaimanapun telah menyatakan bahawa jantung, perut, pundi kencing dan otak pelajar itu telah hilang serta tengkoraknya telah disumbat dengan kertas tisu.

Malah, tulang rusuknya juga telah patah, begitu juga dengan dua tulang leher dan terdapat beberapa kesan lebam dalaman di bahagian perut dan belakang badannya.

Menurut doktor, kesan lebam dan tulang rusuk yang patah itu tidak mungkin berlaku ketika bantuan pernafasan CPR yang diberikan tetapi mungkin terjadi kerana dia telah dipukul sebelum meninggal dunia.

Malangnya, sebelum kematian Pakapong, dia memberitahu kepada ibunya bahawa disiplinnya agak teruk di sekolah dan dia sering dihukum dengan keras.

Akibat tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut, pasangan suami isteri itu telah menuntut jawapan tentang kejadian itu dan meminta agar organ yang hilang itu dapat dikembalikan semula.  MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori