Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UPNM Pohon Kes Pukul...

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan memohon supaya kes 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional...

Sindiket Edar Dadah Di...

JERANTUT - Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di daerah ini, dengan...

Pendidikan Jasmani, Rakan Sukan...

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan kaji semula subjek Pendidikan Jasmani dan cadangan...

Bekas Polis ‘Botak’ Tidak...

CERIA... Lelaki kepala botak yang jadi tular kerana aksi geram dalam satu rakaman...

Orang Ramai Gempar Bau Bahan Kimia Di Komtar

GEORGE TOWN – Orang ramai di tingkat 1 Komtar di sini gempar selepas menyangka berlaku tumpahan bahan kimia di tingkat itu selepas bau kuat bahan berkenaan, namun pemeriksaan bomba mendapati ia adalah bau pencuci lantai yang digunakan secara berlebihan.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Azmi Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan berlaku tumpahan bahan kimia di tingkat satu bangunan itu pada 12 tengah hari ini.

“Tiga jentera termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati bahan yang dimaksudkan itu bukanlah bahan kimia sebaliknya bahan pencuci lantai.

“Pasukan Hazmat turut membuat pemeriksaan rapi dan pembersihan bagi memastikan tiada sebarang bahan kimia di situ sebelum menyerahkan kepada pihak penyelenggaraan Komtar untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Azmi berkata bau yang kuat itu menyebabkan orang ramai di situ panik dan terus menghubungi pihak bomba memaklumkan terdapat tumpahan bahan kimia.


Sementara itu, seorang saksi Abdul Rahim Karim, 41, berkata beliau datang ke Komtar kerana terdapat urusan di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan terkejut apabila terhidu bau bahan kimia yang kuat di tingkat satu ketika mahu naik ke tingkat tiga bangunan tersebut.

“Waktu itu ramai orang turut mengadu perkara yang sama iaitu bau bahan kimia yang kuat sebelum ada yang menghubungi pihak bomba untuk membuat pemeriksaan kerana bimbang jika ia betul-betul bahan kimia,” katanya. – BERNAMA

Kategori