Orang Nombor 2 Petronas Letak Jawatan?

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Datuk Anuar Taib dikatakan telah meletakkan jawatan.

Menurut sumber, beliau yang dilihat sebagai orang kanan di syarikat petroleum negara selepas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin itu dikatakan meninggalkan syarikat berkenaan ‘atas sebab peribadi.’

Anuar yang terkenal dengan cara kerja yang hebat itu dikatakan berpotensi untuk memegang jawatan nombor satu dalam Petronas suatu hari nanti.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang minyak dan gas menyertai Shell selepas menamatkan pengajian pada tahun 1990.

Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Petronas. – MalaysiaGazette

Loading...