Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cukai Pendapatan: LHDN Bantah...

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini membantah...

Rakyat AS Sendiri Tidak...

CHICAGO : Mahnoor Ahmad, iaitu calon Kongres Amerika Syarikat (AS) beragama Islam menegaskan...

Isu Zakir Naik: Nasib...

DI Myanmar - dalam wilayah Arakan, masyarakat Rohingya dibunuh seperti penyembelihan haiwan. Etnik...

Khairy Yakin BN Rampas...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yakin BN akan...

Orang Melayu Tak Boleh Harap Kerajaan PH – Najib

INGATAN…. Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang Melayu agar tidak boleh berharap lagi kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk perjuang nasib mereka.

Ini kerana, kata bekas perdana menteri tersebut, kekuatan parti Melayu dalam gabungan PH berkenaan sebenarnya datang daripada sokongan pengundi orang bukan Melayu ekoran kerusi kawasan itu tidak ditandingi calon DAP.

“Setakat ini, pihak kerajaan PH sudah pun mengizinkan pencabulan bahasa Melayu, agenda Islam dan bumiputera juga tidak lagi akan mendapat tempat utama dalam aspek pentadbiran mereka selepas ini.

“Saya pernah sebut Melayu akan terbangsat di negara sendiri jika UMNO hilang kuasa. Kita sudah terlepas kuasa dan mesti tabah hadapi ujian Allah SWT,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau, tengah malam tadi.

Dalam pada itu, menurut Najib, beliau berharap semoga UMNO dapat mengembalikan semula keyakinan orang Melayu menerusi perpaduan kukuh dan kasih ahli UMNO kepada parti.


“Insya-Allah dengan adanya perpaduan lebih kukuh dan kasih kepada parti, UMNO boleh mengembalikan semula keyakinan rakyat terutamanya orang Melayu,” katanya. – Mynewshub.tv

Kategori