Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

PIBG Perlu Bersama Atasi...

PARIT - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu bekerjasama selain tidak meletakkan...

Aliran Trafik Masih Perlahan...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan di beberapa kawasan di lebuh raya utama pagi...

Presiden Filipina Gelar Obama...

PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterter dalam satu persidangan menggelar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama...

Keterangan Ragu, Lelaki Dakwa...

IPOH - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya disamun sehingga mengakibatkan kerugian wang syarikat...

Orang Malaysia Malu Kongsi Diri Positif Covid-19

SHAH ALAM – Orang Malaysia malu untuk berkongsi cerita mereka dijangkiti koronavirus (Covid-19) tidak seperti penduduk di negara-negara Barat kerana faktor budaya Malaysia yang bersifat lebih tertutup.

Pakar psikologi, Dr. Fauziah Mohd Saad berkata, ia berbeza dengan budaya di negara-negara Barat yang lebih terbuka.

“Jadi, jika seseorang itu disahkan positif Covid-19, dia berasakan bahawa bukan dirinya sahaja malu tetapi satu keluarganya akan dapat malu dan sebab itu dia takut berkongsi cerita,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Sejak dunia dilanda pandemik Covid-19, situasi berbeza dapat dilihat apabila kebanyakan rakyat negara Barat tampil bercerita kisah mereka dijangkiti wabak berkenaan terutama menerusi media sosial dan keadaan itu amat berbeza di Malaysia.

Namun, masih ada sebahagian kecil rakyat Malaysia yang dilihat bersifat terbuka dan berkongsi cerita mereka dijangkiti Covid-19 sebagai panduan kepada orang ramai agar tidak mengalami situasi yang sama.

Dr. Fauziah yang merupakan Ketua Unit Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, orang Malaysia juga malu untuk berkongsi mereka positif Covid-19 kerana pemahaman terlalu menyerahkan diri kepada ALLAH SWT sedangkan ALLAH SWT menyuruh hamba-Nya berikhtiar.


Menurutnya, tindakan berserah diri tanpa berusaha itu perlu diubah dengan mengambil kira Covid-19 adalah penyakit yang mudah berjangkit.

“Saya ambil contoh semasa zaman Rasulullah SAW, ada satu tempat kena wabak taun dan baginda tidak benarkan tempat tersebut dimasuki.

“Jadi, pandangan segelintir orang yang berserah kepada ALLAH SWT semata-mata tanpa berusaha adalah salah sama sekali,” katanya.

Sehubungan itu katanya, masyarakat Malaysia perlu mengubah corak pemikiran agar lebih berfikiran positif. – Sinar Harian

Kategori