Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anjung Singgah Lebuh Chulia,...

GEORGE TOWN - Nasibnya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, lumpuh dan ditinggalkan suami. Wanita...

Usul Hadi Mengenai Hudud...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan oleh Presiden...

Jangan Keluarkan Kenyataan Berbaur...

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai...

Ibu 2 Anak Didenda...

KUALA LUMPUR – Gara-gara menggunakan dan mengeluarkan wang milik seorang pelanggan, seorang juruwang...

‘Orang Kuat’ Pengasas PPBM Umum Keluar Parti

APA sudah jadi? Baru ditubuhkan 9 September tahun lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini berantakan dengan satu persatu pemimpin pengasasnya bertindak keluar daripada parti itu.

Terbaharu seorang lagi tokoh perintis parti pembangkang ciptaan Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Kamarulazman Habibur Rahman mengumumkan keluar daripada PPBM dalam satu sidang media khas di ibu negara pada Rabu.

Ia sekali gus menyaksikan parti kecil tersebut bakal berdepan dengan pukulan hebat kerana beliau merupakan Setiausaha Kerja PPBM Pusat, Ahli Majlis Pimpinan PPBM Pusat dan ketua penaja PPBM bahagian Teluk Kemang.

Lebih memburukkan keadaan, Kamarulazman ditawarkan untuk menjadi Pengerusi PPBM Negeri Sembilan. Untuk rekod pada 5 April lalu, sekumpulan 500 ahli parti itu di Bahagian Rembau turut mengumumkan keluar parti.

Dalam sidang akhbar, Kamarulazman menjelaskan bahawa tindakan keluar daripada PPBM sebab beliau sendiri pun kabur dengan perjuangan partinya sendiri malah melihat ia diwujudkan kerana agenda peribadi pihak tertentu.

Sebelum penubuhan PPBM, Kamarulazman mengetuai Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) yang giat ‘hentam’ kepimpinan UMNO diterajui presiden parti terbesar umat Melayu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya keluar bukan kerana saya tidak ada jawatan, malah saya adalah ahli yang paling banyak banyak memegang jawatan dalam parti. Tetapi PPBM itu sendiri pun masih kabur dalam perjuangan politik untuk negara kita.

'Orang Kuat' Pengasas PPBM Umum Keluar Parti

“Ada masalah yang tidak ditangani dengan baik terutama adanya pemimpin dalam parti ini merasakan sudah lama dalam politik dan mengenepikan pula pandangan ahli-ahli biasa yang lain dalam parti,” tegas Kamarulazman.


Beliau namun tidak berhasrat untuk menyertai UMNO kembali dan akan aktif memberi fokus kepada perjuangan GKCM. Pada 4 April lalu, gabungan itu menetapkan pendirian untuk tidak lagi menyokong kepimpinan pusat parti.

“Hari ini saya ingin mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua penaja bahagian PPBM Teluk Kemang. Saya juga secara rasmi meletak jawatan sebagai setiausaha kerja PPBM pusat, ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM.

“Dan akhir sekali saya undur diri daripada menjadi ahli PPBM,” kata Kamarulazman. Beliau menjangka seramai 821 ahli PPBM di seluruh negara juga mengikut jejak langkahnya dan satu sidang akhbar akan diadakan tidak lama lagi.

Difahamkan kebanyakan mereka keluar parti berlambang bunga raya berwarna merah itu tidak bersetuju dengan kepimpinan PPBM yang hanya melantik kroni untuk memegang jawatan penting di peringkat negeri dan pusat.

Sementara itu, sumber mendedahkan ramai ahli PPBM akan keluar parti dalam masa terdekat termasuk seorang bekas ADUN di Perak. Mereka dikatakan hanya menunggu masa yang sesuai sahaja sebelum bertindak demikian.

Terdahulu beberapa ‘orang kuat’ Mahathir antaranya Datuk Khairuddin Abu Hassan turut keluar parti, diikuti Datuk Ezam Mohd. Nor dengan mereka kemudian menubuhkan Parti Bebas Rasuah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPBM

Kategori