Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jerung Melekap Enggan Lepaskan...

MARTHON (Amerika Syarikat) - Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas perutnya digigit anak...

ESSCOM Baiki 10 Rumah...

SANDAKAN - Sepuluh rumah di Kampung Sim Sim, dalam kawasan Parlimen Sandakan di...

Mahathir Layak Digelar Bapa...

LAYAK... Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi...

Lebih 200 Penumpang Pesawat...

LANGKAWI - Lebih 200 penumpang pesawat Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Orang Asli Kuala Koh: 4 Mayat Ditemui Setakat Semalam

GUA MUSANG – Pasukan mencari berjaya mengesan empat mayat Orang Asli suku kaum Batek yang ditanam mengikut adat di Kampung Kuala Koh kerana dipercayai meninggal dunia akibat penyakit misteri setakat semalam.

Kosmo! difahamkan pasukan yang menggabungkan pelbagai agensi itu berjaya mengesan mayat tersebut berpandukan kepada waris keluarga mangsa.

Dengan penemuan tersebut pasukan pencari meneruskan operasi mengesan lapan lagi kubur Orang Asli berkenaan bermula pada pukul 8.30 pagi ini.

Sementara itu, Komander Operasi yang juga Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin ketika dihubungi memberitahu pihaknya akan membuat sidang akhbar petang ini berhubung perkembangan pencarian.

Kosmo! hari ini melaporkan pasukan pencari berjaya menemui rangka mayat pertama daripada 12 penduduk Orang Asli suku kaum Batek pada pukul 4.30 petang semalam.


Tulang tersebut ditemui dalam keadaan berselerakan di atas tanah oleh pasukan yang terdiri dari Bahagian Siasatan Forensik Bukit Aman dan pasukan forensik Kementerian Kesihatan dengan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), penunjuk arah daripada masyarakat Orang Asli suku kaum Batek dan agensi lain.

Mayat ini ‘disimpan’ mengikut adat suku kaum Batek dengan digantung dan diletakkan di atas pokok. – K! ONLINE

Kategori