Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

APM Terima Lebih 100,000...

SEREMBAN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan telah menerima lebih...

Najib Terkejut Pendedahan SPRM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mengaku terkejut dengan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan...

AS Lancar Serangan Baharu...

WASHINGTON: Washington: Amerika Syarikat (AS) melancarkan gelombang baharu serangan udara terhadap Houthi yang...

12 Maut Banjir, Tanah...

HANOI - Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh di bahagian...

Ops Inter Agensi Tahan 84 PATI Di Tawau

TAWAU – Kerjasama baik Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am dan Jabatan Imigresen berjaya menahan 88 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dalam Ops Inter Agensi di sekitar sini, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau, DSP Nazri Ibrahim berkata operasi itu menyaksikan 150 individu diperiksa di tiga lokasi iaitu sekitar kawasan laut Pulau Sidam, Wallacebay; pinggir pantai Sungai Simandalan Wallacebay; serta perkampungan atas air di Kampung Hidayat Batu 4, antara pukul 7.00 pagi dan11.00 malam.

“Seramai 43 lelaki, 28 wanita serta 13 kanak-kanak ditahan atas pelbagai kesalahan, antaranya di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 , Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, serta Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nazri berkata operasi itu dilaksanakan dalam dua fasa dengan fasa pertama melibatkan serbuan di kawasan penanaman rumpai di kawasan laut Pulau Sidam serta rumah setinggan haram di pinggir pantai Sungai Simandalan, manakala fasa kedua serbuan di Kampung Air Hidayat Batu 4.

“Operasi berjalan lancar dengan semua anggota di tiga agensi memberikan kerjasama serta komitmen tinggi menjalankan operasi tersebut,” katanya lagi.


Beliau berkata operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menangani elemen jenayah termasuk pemerdagangan manusia serta penyeludupan. – BERNAMA

Kategori