Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Biras Bidas Bahri Buat...

KOTA BHARU - Perbalahan Noraihan Che dengan birasnya, Datuk Bahri Mohamed Zain yang...

Ohsem! RM28 Boleh Layar...

BERITA baik buat pengguna pelan prabayar Digi Prepaid Live yang ‘gila’ strim video dan...

MBM Turut Sumbang Bakti...

NIBONG TEBAL - Banjir melanda negeri ini sejak Sabtu lepas, turut mendapat perhatian...

RUU Antiberita: Tak Wujud...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said...

Operasi Kaunter SST Dilanjut, Cukai Alat Sapu Lantai Dikurangkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan akan melanjutkan perkhidmatan kaunter pertanyaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dibuka sejak Selasa lepas sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan kelak, dalam usaha mengatasi kekeliruan membabitkan pelaksanaan cukai itu, terutamatanya kepada kalangan peniaga.

Menterinya Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata setakat ini, seramai 1,300 peniaga telah mendapat manfaat perkhidmatan kaunter yang dibuka di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan selama empat hari.

“Sebanyak 10 kiosk dan 12 kaunter pertanyaan telah dibuka sepanjang tempoh itu yang turut dianjurkan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Dua pegawai khas pejabat kementerian dan pegawai JKDM juga dapat menangani sebahagian besar aduan, permasalahan dan pertanyaan berkenaan pelaksanaan SST manakala perkara melibatkan dasar SST yang tidak dapat diselesaikan di peringkat JKDM telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan selanjutnya,” katanya.

Selain itu, Lim berkata susulan maklum balas yang diterima membabitkan SST, kementerian tersebut telah menurunkan kadar cukai jualan barangan tertentu yang digunakan golongan kurang berkemampuan.

“Kementerian Kewangan bersama JDKM telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jualan SST bagi alat penyapu lantai daripada 10 peratus kepada lima peratus yang lebih rendah daripada kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus sebelum ini,” katanya.


Beliau berkata, beberapa penambahbaikan akan turut dilaksanakan oleh JKDM pada bulan ini bagi memudahkan peniaga selain memastikan SST tidak akan meningkatkan kos yang akhirnya akan ditanggung oleh pengguna.

“Kerajaan dijangka mengutip RM21 bilion daripada SST berbanding RM44 bilion di bawah GST bagi 2019 dan rakyat seharusnya menerima manfaat (kesan daripada) pengurangan kutipan cukai sebanyak RM23 bilion ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori