Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Remaja Didakwa Rogol Gadis...

KAMPAR - Seorang remaja lelaki yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Isteri Amy Search Akui...

BERIKUTAN laporan polis yang dibuat oleh pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad, kali...

Kes Rabies Dikesan Di...

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini melaksanakan pemvaksinan anjing-anjing bertuan di...

Fesyen Jean Koyak Rabak...

SANGGUPKAH anda pakai jean seperti ini? Namun inilah fesyen rekaan baru jenama Thibaut...

Operasi 24 Jam Permudah Pelancong Thailand Masuk

BANGKOK – Tourism Malaysia meletakkan harapan tinggi terhadap pusat pemeriksaan Imigresen Bukit Kayu Hitam yang akan beroperasi 24 jam dalam memudahkan ketibaan lebih ramai pelancong dari Thailand melalui jalan darat.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Omar berkata kerajaan sedang berusaha ke arah melanjutkan waktu operasi di pusat pemeriksaan itu dan menyasarkan 1 Januari 2019 bermulanya operasi 24 jam.

“Kami berharap perkembangan ini merupakan satu lagi langkah positif ke arah mengalu-alukan ketibaan lebih ramai pelancong Thai melalui jalan darat,” katanya semasa menghadiri “Malam Penghargaan Malaysia” di sini malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Duta Malaysia di Thailand, Datuk Jojie Samuel.

Sebagai negara berjiran yang berkongsi lapan pusat pemeriksaan sempadan, beliau berharap operasi 24 jam di Bukit Kayu Hitam itu akan menjadi permulaan baik bagi mempermudah dan menyelaraskan pergerakan merentasi sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Keputusan melanjutkan waktu operasi Pusat Pemeriksaan Imigresen Bukit Kayu Hitam kepada 24 jam mulai tahun depan, diumumkan sebelum ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil daripada perjanjian bersama antara Putrajaya dan Bangkok.

Sementara itu, Zainal berkata sejumlah 1.78 juta pelancong Thai berkunjung ke Malaysia pada 2016 iaitu peningkatan 32.7 peratus berbanding 2015 dan menyumbang RM3.5 billion hasil pelancongan.


Thailand, katanya, merupakan pasaran pelancong keempat tertinggi bagi Malaysia.

Dari Januari hingga Oktober tahun lepas, jumlah pelancong Thailand melawat Malaysia meningkat 4.2 peratus kepada 1.53 juta berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, katanya, sambil menambah kata negara bersedia menerima 1.9 juta pelancong dari Thailand tahun ini.

Selain menarik pelancong dari Thailand, katanya, negara jiran juga merupakan destinasi popular bagi rakyat Malaysia dengan 2.9 juta daripada mereka menyeberangi sempadan dari Januari hingga November tahun lepas yang merupakan peningkatan sebanyak 3.36 peratus berbanding tempoh sama pada 2016. – BERNAMA

Kategori