Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengedar Ditahan Berhampiran Tandas...

MARAN - Hasrat seorang penganggur untuk mengedar dadah di daerah ini tidak kesampaian...

ICQS Bukit Kayu Hitam...

BUKIT KAYU HITAM - Mulai 1 Jan 2019, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan...

Saya Bazir Banyak Masa...

SELEPAS bertahun-tahun hidup sebagai mak nyah, akhirnya Safiey Ilias atau nama sebenarnya, Safiuddin...

Lafarge Tanggung Kos Cuci...

LANGKAWI - Lafarge Cement Sdn. Bhd., syarikat pengendali kilang simen di sini, bersedia...

Op Patuh Di Seluruh Negara Bermula Khamis

KUALA TERENGGANU – Operasi membanteras ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dikenali sebagai Op Patuh secara besar-besaran akan mula dilaksanakan di seluruh negara bermula Khamis ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, operasi selama empat hari sehingga Ahad itu diadakan secara bersepadu melibatkan 21 agensi dan jabatan kerajaan yang akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Mereka boleh tahu apa yang saya umumkan ini dan bersedia jika kita sudah tangkap kita akan bagi kompaun maksimum,” katanya kepada media selepas melawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu di sini pada Selasa.

Beliau sebelum itu turut meninjau operasi pemantauan SOP di Penjara Marang dan operasi Jabatan Imigresen di bandar raya Kuala Terengganu.

Menurut Hamzah, operasi menyeluruh melibatkan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan penuh pergerakan itu bertujuan mengurangkan kes jangkitan Covid-19 yang kini masih mencapai angka 5,000 sehari.

Beliau berkata, tumpuan lebih diberikan kepada negeri yang mencatatkan angka Covid-19 tinggi dan penguatkuasaan dilakukan menggunakan pelbagai aset sedia ada seperti helikopter dan dron selain sekatan jalan raya serta pemeriksaan mengejut.

Katanya, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan ketua jabatan polis pada Rabu bagi menetapkan strategi dan 154 Ketua Polis Daerah diberi petunjuk prestasi utama (KPI) yang harus dicapai.


“Kita akan bekerjasama dengan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna).

“Syarikat yang minta kebenaran beroperasi kita akan periksa dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) betul ke kilang ini dalam sektor perkhidmatan perlu sebab adakalanya dekat MITI tulis pembuatan dekat SSM daftar lain,” katanya.

Hamzah sebelum ini ada mengumumkan operasi membanteras ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dikenali sebagai Op Patuh dilancarkan secara besar-besaran.

Op Patuh tersebut memberikan lebih fokus dan bersepadu terhadap penguatkuasaan pematuhan SOP dalam kalangan kilang dan premis perniagaan yang beroperasi. – BERNAMA

Kategori