Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peniaga ‘Rembat’ Lori MBPP...

GARA-GARA berang gerai makanan diserbu penguat kuasa, seorang peniaga bersama rakannya bertindak nekad...

Penolong Pengurus The Star...

KUALA LUMPUR - Seorang penolong pengurus jabatan pengarang akhbar harian berbahasa Inggeris, The...

80 Peratus Permohonan Jadi...

PUTRAJAYA: Kira-kira 80 peratus daripada 3,903 permohonan kewarganegaraan secara pendaftaran sudah diluluskan.IKUTI CHANNEL...

Lelaki Dikhuatiri Lemas Di...

Bayan Lepas : Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi bersama enam sahabat di Pantai...

One Two Jaga Dicalonkan Anugerah Luar Negara

KUALA LUMPUR – Meskipun karya yang memfokus isu korupsi, One Two Jaga sukar menambat hati penonton tempatan, namun filem arahan Nam Ron itu berjaya dicalonkan untuk kategori Grand Prix (Filem Terbaik) pada 12th Five Flavours Asians Film Festival.

Kejayaan awal tersebut menyaksikan filem sulung terbitan Pixel Play Entertainment itu turut bersaing dengan sembilan lagi naskhah terbaik Asia yang bakal berlangsung di Warsaw, Poland bermula 14 hingga 21 November depan.

Pengarahnya, Nam Ron berkata, dia amat gembira mendengar perkhabaran tersebut dan menganggap berita itu adalah satu kebanggaan bukan sahaja buat dirinya, malah didedikasikan untuk industri perfileman negara.

“Ini adalah satu penghargaan buat saya dan seluruh kru produksi One Two Jaga yang bekerja keras untuk menghasilkan filem ini.

“Ini bukanlah kali pertama kami menerima pencalonan dari luar negara kerana sebelum ini pernah dicalonkan di Amerika Syarikat, Itali dan China, juga bagi kategori Filem Terbaik Asia,” katanya.


Bahkan, Nam Ron menegaskan, Five Flavours Asians Film Festival bukanlah majlis anugerah picisan yang boleh dipandang enteng, sekali gus membuktikan filem Malaysia lebih dihargai oleh penduduk luar.

Selain One Two Jaga, filem tempatan lain yang pernah menembusi festival filem berkenaan adalah Bunohan, Interchange, Songlap, Hanyut dan Jagat.

Setakat tayangan sehingga hari Isnin, One Two Jaga meraih kutipan sebanyak RM65,000, ternyata jauh ketinggalan berbanding Munafik 2 dan Hantu Kak Limah yang memecahkan rekod RM30 juta selepas seminggu tayangan.  – UTUSAN ONLINE

Kategori