Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zeti Mengetahui Kerugian Forex...

PUTRAJAYA - Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz...

4 Pelajar Sekolah Ditahan...

JOHOR BAHRU - Empat pelajar sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan reman mulai...

Wabak Kepialu Di KL...

PUTRAJAYA - Wabak tifoid atau demam kepialu yang dilaporkan di Kuala Lumpur dan...

Selangor, P.Pinang Naik Cukai...

KUALA LUMPUR - Kenaikan cukai hartanah secara mendadak di Selangor dan Pulau Pinang...

One Direction Bakal Buat Kemunculan Semula?

SIAPA sahaja yang tidak mengenali kumpulan penyanyi lelaki atau boyband dari United Kingdom (UK), One Direction yang pernah menjadi kegilaan remaja suatu ketika dahulu?

Kumpulan yang mengumumkan akan berpecah buat sementara waktu pada awal tahun 2016 bagi memberikan fokus kepada karier solo masing-masing itu dikhabarkan akan membuat kemunculan semula dalam masa terdekat.

Berita baik untuk peminat tegar kumpulan itu disampaikan sendiri oleh salah seorang anggotanya, Liam Payne dalam satu wawancara yang disebarkan akaun peminat 1D Metro Manila di laman sosial Twitter.

Namun, tidak dapat dipastikan Payne ditemu bual oleh siapa, namun wawancara tersebut mempunyai sari kata bahasa Jerman, membuatkan ramai percaya ia merupakan temu bual yang dikendalikan pihak media Jerman.

Jelas Payne, mereka pernah berbincang mengenai kemunculan semula bersama-sama walaupun masing-masing sudah berjaya dalam kerjaya solo mereka.

“Kami pernah bercakap tentang perkara ini dan jika impian untuk mengadakan persembahan hebat itu tercapai, ia akan menjadi persembahan paling menakjubkan,” katanya dalam rakaman temu bual itu.

Tambahnya, kerjaya solo yang telah membuatkan setiap daripada mereka mempunyai pengikut dan peminat yang tersendiri boleh menjadikan One Direction sebuah kumpulan yang lebih berjaya selepas ini sekiranya reunion itu benar-benar terjadi.

Disebabkan tularnya video berkenaan, ia nyata menggembirakan peminat-peminat fanatik kumpulan itu di Twitter apabila ‘Directioners’ seluruh dunia menjadikan tanda pagar #OneDirectionReunion trending di seluruh dunia.

Kenyataan yang dilakukan Payne itu menepis dakwaan ramai pihak bahawa One Direction telah berkubur selepas media mula menggunakan kejayaan ahli-ahlinya sebagai penyanyi solo memusnahkan harapan untuk melihat mereka kembali.


Ahli-ahli kumpulan itu juga sebelum ini beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sememangnya hanya berehat daripada membuat muzik dan menjelajah dunia bersama dan bukannya berpisah seperti yang dilaporkan media.

Selain Payne, One Direction turut dianggotai Harry Styles, Louis Tomlinson, dan Niall Horan bergerak secara berempat selepas salah seorang lagi anggota mereka, Zayn Malik meninggalkan kumpulan itu pada 2015.

Selepas berpisah, Styles dan Horan merupakan antara ahli One Direction yang paling berjaya dalam industri muzik antarabangsa apabila kedua-dua mereka kini sedang membuat jelajah dunia sebagai penyanyi solo.

Payne dan Tomlinson juga tidak kurang hebatnya apabila lagu-lagu yang dikeluarkan mereka sentiasa menjadi pilihan untuk diputarkan di stesen radio seluruh dunia.

One Direction mula muncul sebagai satu kumpulan apabila disatukan oleh Simon Cowell ketika mereka berlima muncul dalam program The X Factor UK sebagai penyanyi solo pada tahun 2010.

Sejak daripada itu, One Direction menjadi kegilaan ramai peminat yang rata-ratanya merupakan golongan remaja wanita yang setia mengikut perkembangan mereka sehingga mereka mengambil keputusan untuk berehat pada hujung tahun 2015. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori