Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Raja Permaisuri Agong Ke...

PUTRAJAYA - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan berangkat ke...

Rusia ā€˜Tarik Diriā€™ Daripada...

MOSCOW ā€“ Rusia mengumumkan penamatan kerjasama di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) sehingga...

SPR Akan Bermesyuarat Khamis...

KUCHING - Berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya...

CEO Aman Palestin Nafi...

Shah Alam: Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin)...

OKU Pekak, Bisu Anjur Sambutan Tahun Baru Cina

MERIAH… Sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Persatuan Bisu dan Pekak Batu PahatĀ  di Johor semalam ternyata berjaya menghimpunkan ramai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Lebih menarik, menurut laporan Berita Harian, pelbagai aktiviti diadakan termasuk sukaneka dan acara cabutan bertuah, menjadikan sambutan Tahun Baharu Cina pada kali ini lebih bermakna.

Dimaklumkan, selain OKU pekak dan bisu, sambutan turut dihadiri anak dan ahli keluarga OKU berkenaan, wakil kerajaan, tokoh komuniti dan beberapa wakil persatuan orang bisu dan pekak dari luar negara.

Antaranya dari Kazakhstan dan Singapura yang sekali gus lebih memeriahkan lagi sambutan perayaan masyarakat Tionghua tersebut.

Bagaimanapun, pihak Mynewshub tidak dimaklumkan mengenai jumlah peserta yang hadir ke majlis tersebut tetapi difahamkan acara berkenaan memang meriah.

Menurut jurucakap persatuan itu, persiapan telah diadakan sendiri secara bersama oleh ahli Persatuan Bisu dan Pekak Batu Pahat dengan gotong-royong mengemas ruang, menyediakan juadah dan menghias lokasi sambutan.

Usaha unik dilaksanakan ini telah menimbulkan kemesraan ibarat suasana keluarga yang senasib dengan mereka selari dengan gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Semua ahli yang hadir bekerjasama buat persiapan seperti mempersiapkan juadah, bergotong-royong mengemas ruang digunakan. Jelaslah bahawa jiwa 1Malaysia dalam kalangan warga bisu dan pekak, khususnya di daerah ini sangat tinggi,” katanya.

Perasmian acara berkenaan telah dilaksanakan sendiri oleh Ketua UMNO bahagian berkenaan yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) , Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Beliau juga memaklumkan peruntukan sebanyak RM10,000 disalurkan kepada Persatuan Bisu dan Pekak Batu Pahat selepas penubuhannya diluluskan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.Ā ā€“Ā MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Kategori