Okey Ke Tak Fasha Dan Aidil Nak Bertunang 3 Tahun?

SEBULAN mengikat tali pertunangan, pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz nampaknya kelihatan begitu bahagia, almaklumlah sedang dalam ‘angau’ asmara.

Fasha sendiri memberitahu pengalaman bertunang buat kali pertama disifatkan sebagai membahagiakan walaupun ada mengatakan pada fasa ini pelbagai ujian akan melanda.

“Encik tunang yang selalu melayan kegilaan tunang dia ni. Saja nak kongsi pengalaman, memandangkan ini kali pertama bertunang.

“Alam pertunangan ni best juga sebenarnya sebab orang kata alam pertunangan ni menguji… Tapi Alhamdulillah setakat ini, baik-baik sahaja.

Pasangan ini pada hari pertunangan mereka.

“Kalau nak bertunang tiga tahun rasa-rasa OK ke? Sebab kawan kami ada yang bertunang 9 tahun!,” katanya di Instagram.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 34, mengikat tali pertunangan dengan Aidil, 31 pada 18 November lalu dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara.

Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun ia berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun. – mStar Online