Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Hafiz Hamidun ‘Dirisik’ Ramai...

SEJAK menjalani kehidupan sebagai duda selepas bercerai dengan pengasas Merve Cosmetic, Joy Revfa,...

Cerita Sebenar Gambar ‘Kucing...

SEJAK semalam, tersebar sekeping gambar di media sosial memaparkan sekumpulan kucing yang mati...

Pembangkang Bantah Pindaan Akta...

KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang membantah cadangan kerajaan untuk meminda Akta Hasutan 1948...

Beri Ruang Pimpin Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tun Dr Mahathir...

“Obama Bocorkan Maklumat Rahsia Rumah Putih”

WASHINGTON DC – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa kebocoran maklumat rahsia dari Rumah Putih berpunca daripada pemimpin terdahulu, Barack Obama.

Bercakap pada rancangan Fox & Friends, Trump berkata, dia percaya Obama bertanggungjawab atas beberapa kebocoran dalam pentadbirannya serta protes besar-besaran terhadap ahli politik Republikan di seluruh negara.

“Sukar mengatakan apa sebenarnya berlaku di sebalik tabir. Saya rasa Obama ada memainkan peranan kerana orangnya juga pasti turut memainkan peranan.

“Kemungkinan besar kumpulan itu yang bertanggungjawab atas kebocoran maklumat dan itu memang sesuatu yang serius kerana sangat buruk dari segi keselamatan dalam negeri.

“Tetapi saya faham ini politik. Apapun ia politik dan ia mungkin akan terus berlaku,” katanya.

Tuduhan itu amat pelik memandangkan ia membabitkan bekas presiden. Trump juga tidak memberi sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya.

Beberapa kumpulan yang dikaitkan dengan Parti Demokratik membantu dalam menganjurkan protes terhadap Parti Republikan.


Ada yang mempunyai kaitan dengan kempen presiden Obama tetapi tiada langsung bayangan bahawa bekas pemimpin itu sendiri terbabit dalam aktiviti mereka.

Malah sejak menyerahkan kuasa kepada Trump, Obama dilihat lebih banyak berseronok termasuk bercuti di pulau milik ahli perniagaan Richard Branson.

Satu-satunya masa Obama dilihat membuat kenyataan berhubung pentadbiran Trump adalah ketika menyatakan sokongan moral untuk golongan yang protes larangan perjalanan dikenakan pemimpin baharu berkenaan. – Agensi/myMetro Online

Kategori