Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Selangor, Persekutuan Bincang Semula...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan hari ini mengadakan perbincangan semula...

Cat, Stensil Serpihan Milik...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan bahawa...

Zuraida Diberi 14 Hari...

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Naib Presidennya,...

Mangsa Kelapan Positif Zika...

KUALA LUMPUR - Satu lagi kes jangkitan virus Zika dikesan melibatkan seorang lelaki...

Nyawa Diancam, Najib Mohon Program Perlindungan

IKHTIAR… Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan membuat laporan polis semalam yang mendakwa nyawa beliau dan keluarganya sendiri kini terancam.

Menurut portal berita tempatan, The Malay Mail, Najib yang juga bekas presiden UMNO itu dikatakan telah tampil membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di ibu negara pada jam 5 petang.

Beliau yang juga merupakan bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut memohon untuk diletakkan di bawah program perlindungan polis berhubung siasatan skandal berkaitan skandal 1MDB oleh pasukan tersebut.

Dalam laporan polis yang dilihat The Malay Mail, Najib berkata terdapat ancaman agak jelas terhadap keselamatan nyawa beliau sendiri dan anggota keluarganya itu bukan sahaja datang dari dalam negeri tetapi dari luar negara.

Portal itu namun tidak mendedahkan apakah ancaman tersebut tetapi banyak pihak mempersoalkan tindakan keras dilakukan pihak polis dalam serbuan berkenaan yang dianggap sebagai kurang profesional terhadap beliau.

Selain itu, Najib mendakwa bahawa barang kemas dan barangan peribadi lain yang dirampas oleh polis semasa serbuan lewat malam pada 10 Mei di Pavillion Tower di ibu kota itu merupakan hadiah daripada kawan-kawannya.


“Beliau juga mengatakan sejumlah wang tunai yang dirampas itu sebenarnya hanya untuk digunakan dalam jentera kempen politik BN ketika pilihan raya umum berlangsung baru-baru ini,” menurut laporan portal tersebut lagi.

Selain itu, Najib mendakwa bahawa beliau hanya memainkan peranan sebagai penasihat dalam syarikat 1MDB dan tidak terbabit dalam proses pembuatan keputusan untuk sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu.

“Dalam laporan polis, beliau turut mendakwa bahawa RM2.6 bilion yang diterimanya itu hanyalah derma daripada pihak keluarga diraja Arab Saudi beberapa tahun lepas,” lapor The Malay Mail. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori