Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BN Umum Calon PRK...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pendakwah Hina Wanita Otak...

RIYADH - Seorang pendakwah Arab Saudi dilarang menjalankan aktiviti agama selepas berkata wanita...

Bukan Niat SPRM Jatuhkan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pegawai...

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak...

KUALA LUMPUR - Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak sepanjang 1,090 kilometer (km)...

Nyatakan 5 Kebaikan Kenapa Nama KLIA Perlu Diubah

KUALA LUMPUR – Cadangan menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada Sepang International Airport (SIA) hanya akan mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, semua orang sedia maklum bahawa SIA adalah nama singkatan Singapore Airlines (SIA).

“Orang ramai pasti keliru jika KLIA ditukar kepada SIA. Contohnya, jika seorang itu berkata, ‘saya bekerja di SIA’ atau ‘saya bekerja dengan SIA’,” katanya dalam hantaran di facebook semalam.

Sehubungan itu Ka Siong mempersoalkan kewajaran Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor pada 18 Oktober 2018 yang telah mencadangkan kepada Kerajaan Pusat supaya nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditukar kepada Sepang International Airport (SIA).

“Persoalannya, kenapa perlu ditukar nama? Apakah kebaikan kepada negara? Apakah nama Kuala Lumpur telah tercemar sehingga perlu digantikan dengan perkataan ‘Sepang’,” katanya.

Ka Siong berkata, ekoran kekeliruan yang bakal timbul jika penukaran nama KLIA itu menjadi kenyataan, maknanya selepas ini, mereka yang bekerja di Syarikat Penerbangan Singapura (SIA) sebagai pramugara, pramugari, juruterbang, kakitangan teknikal atau ‘ground staff’ juga boleh ditafsirkan mereka bekerja di Lapangan Terbang Sepang (SIA).


“Pasti mengelirukan! Sila nyatakan lima kebaikan kenapa KLIA perlu diubah menjadi SIA? Jika tidak, cadangan ini tidak membawa apa-apa makna..

“Mungkin satu hari nanti, KLIA akan diubah nama kepada Pakatan Harapan International Airport (PHIA) untuk menggambarkan imej Malaysia yang penuh dengan Harapan serta angan-angan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori