• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nyaris Maut, Vape Meletup Dalam Poket Seluar

oleh Ahmad Albab
25/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki nyaris maut apabila rokok elektroniknya atau vape meletup di dalam poket seluarnya.

Oscar Khan mengalami lecur di kaki kanannya selepas seluarnya terbakar.

Mangsa yang berusia 46 tahun itu cuba memadamkan kebakaran sebelum isterinya bergegas membawanya ke bilik mandi dan mencurahkan air sejuk padanya.

Oscar yang berasal dari Belgrave, Leicester di United Kingdom itu berkongsi gambar-gambar kecederaan yang dialaminya, susulan insiden yang berlaku pada Ahad lalu.

Dia mungkin perlu menjalani rawatan kulit bagi memperbaiki kecederaan akibat melecur.

Bercakap kepada Leicestershire Live, Oscar berkata: “Ia dahsyat. Saya berada di rumah ketika itu dan secara tiba-tiba saya terdengar satu bunyi yang tak pernah saya dengar sebelum ini.

“Saya tengok ke bawah dan kaki saya terbakar. Saya cuba memadamkan kebakaran menggunakan tangan tetapi isteri kemudian bergegas membawa saya ke bilik mandi dan mencurahkan air ke kaki saya.

“Vape diletakkan di dalam pokok seluar. Saya tidak menggunakannya ketika itu.

“Saya fikir jika ia berlaku semasa di luar rumah, keadaan mungkin menjadi lebih buruk.

“Saya juga tak dapat bayangkan sekiranya ia berlaku semasa saya memegangnya atau meletakkannya pada mulut ketika itu.

Selepas dikejarkan ke Hospital Diraja leicester untuk mendapatkan rawatan, dia mendapati seorang pesakit lain mengalami insiden yang sama.

Persatuan Pencegahan Kemalangan Diraja memberikan nasihat berikut: “Pengecas yang tidak berkualiti atau yang palsu boleh menyebabkan rokok elektronik sebagai punca kebakaran di rumah.

“Hanya beli e-rokok daripada kedai yang berlesen, menggunakan pengecas yang betul untuk peranti itu, ikut arahan pengilang dan jangan mengecasnya tanpa pengawasan atau semalaman.

“Sebagaimana peranti elektrik lain seperti telefon bimbit dan komputer riba, e-rokok tidak boleh dicaj atau digunakan sekiranya sudah rosak – sel bateri yang rosak boleh menimbulkan risiko kimia dan kebakaran.” – Mirror Online/mStar Online

Tags: meletupvape
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

Next Post

Reformis Arab Saudi Meninggal Usia 87 Tahun

Related Posts

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

05/07/2025
0

Tanjong Malim: Kerajaan negeri akan bertemu dengan penggiat industri rokok elektronik, atau vape, sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan larangan...

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR: penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dan penggunaan rokok elektronik atau vape berleluasa dalam kalangan belia bukan lagi isu...

Next Post

Reformis Arab Saudi Meninggal Usia 87 Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd