Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

900,000 Hektar Hutan Di...

IPOH - Sejumlah 995,284.96 hektar hutan simpan diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK)...

Rozana Dakwa Sijil Nikahnya...

Isteri kepada vokalis kumpulan Wings, Awie iaitu Rozana Misbun membuat satu laporan polis...

Lynas Bercadang Pindah Ke...

BENGALURU - Pengeluar nadir bumi Lynas Corp. berkata Isnin, ia telah menandatangani memorandum...

Cium Mulut Anak Perempuan,...

SEBELUM ini Mynewshub pernah menceritakan kisah David Beckham mencium mulut anak perempuannya, Harper...

Nyaris Hilang Senjata Sulit Kerana Curang

PATTAYA – Gara-gara menjalinkan hubungan sulit dengan rakan baik isterinya sendiri, seorang lelaki hampir kehilangan kemaluan akibat dikelar wanita berkenaan.

Serangan berlaku apabila wanita yang bekerja sebagai penjual ayam goreng itu berang selepas mengetahui suaminya curang dengan rakan baiknya sendiri.

Wanita itu dilaporkan berpura-pura mahu melakukan hubungan seks dengan suaminya sebelum mengeluarkan pisau pemotong kotak dan terus mengelar kemaluan lelaki itu.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Somchai menjerit kesakitan dan terus berlari keluar rumah dalam keadaan bogel.

Isterinya yang panik kemudian segera menghubungi ambulans untuk meminta bantuan.

Pasukan perubatan yang datang ke lokasi kejadian menemui Somchai dalam keadaan berlumuran darah duduk di kaki lima kedai.

Satu beg ais turut diletakkan di celah kelangkang lelaki itu.


Pasukan perubatan segera membawa Somchai ke hospital dan isterinya turut menemaninya.

Doktor memberitahu, Somchai cedera parah dan kehilangan banyak darah akibat perbuatan isterinya itu.

Bagaimanapun, keadaan Somchai dilaporkan stabil dan dia dijangka pulih seperti sedia kala.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya akan mengambil keterangan Somchai sebelum memutuskan tindakan yang bakal diambil terhadap isterinya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori