Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

12,017 Kes Baru Direkodkan,...

COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 12,017 lagi kes baru Covid-19 semalam...

Setiausaha Luar Amerika Syarikat...

MANILA - Usaha Malaysia untuk membela nasib pelarian Rohingya semakin mendapat perhatian masyarakat...

DAP Konsisten Perjuangkan Pendidikan...

KUALA LUMPUR - Insiden membabitkan pemimpin-pemimpin DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)...

Ekspedisi Tawan Kutub Utara...

TIGA penjelajah Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B) dijangka tiba di titik 90 darjah Kutub...

Nyanyi Di Mana Sahaja, Karaoke Jadi Kegilaan Di Indonesia

MINAT mendalam terhadap aktiviti menyanyi untuk mengisi masa lapang telah mencetuskan fenomena baharu dalam kalangan masyarakat Indonesia.

Ia membuatkan perniagaan karaoke semakin bercambah di mana-mana, dari gerabak kereta api hinggalah perkhidmatan karaoke rumah ke rumah disediakan di sana.

karaoke beca

Khidmat yang ditawarkan sangat murah, sekaligus punca utama karaoke menjadi tarikan ramai. Bagi tiga buah lagu, para pelanggan hanya perlu membayar sebanyak 35 sen sahaja.

Jika sebelum ini karaoke disifatkan sebagai aktiviti yang negatif kini tanggapan itu berubah dan ia menjadi satu bentuk hiburan yang sudah diterima masyarakat di kebanyakan negara Asia.

Beca, antara pengangkutan awam yang popular di Indonesia kerana tambangnya yang murah turut diubahsuai jadi ‘port’ untuk berkaraoke.

Salah seorang pemilik beca Rudi Hartono mengubah suai becanya jadi ‘medan’ karaoke dilengkapi sistem bunyi mantap serta skrin kecil untuk memaparkan video dan lirik lagu.

karaoke beca


karaoke beca

Secara tidak langsung, trend berkaraoke membuka pintu rezeki tambahan kepadanya selain memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk berhibur.

Salah seorang penduduk berlawak, tagline bagi perniagaan karaoke di Indonesia boleh dikatakan seperti ini: “Karaoke bila-bila masa dan di mana sahaja, anda pilih tempat dan kami sediakan”.

Tambahnya, masyarakat Indonesia gemar berhibur tetapi malu untuk tampil di hadapan khalayak ramai. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori