Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

1,214 Sekolah Laksana Program...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,214 sekolah di seluruh negara memilih untuk melaksanakan Program...

Malaysia Tidak Lengkap Tanpa...

MIRI - Kerajaan Persekutuan melakukan pelbagai usaha untuk mensejahterakan Sarawak kerana mengiktiraf kepentingan...

Pelan Transformasi PBT Diperkenal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperkenalkan Pelan...

Kerajaan Negeri Johor Peruntuk...

JOHOR BAHARU - Kerajaan negeri Johor memperuntukkan RM2 juta bagi membiayai 319 orang...

Penting, Amalkan Pola Pemakanan Sihat Ketika Haid

TAHUKAH anda, amat penting bagi wanita mengekalkan pola pemakanan sihat bagi mengurangkan kesan negatif yang sering dialami semasa sedang haid?

Pada tempoh haid normal, wanita akan kehilangan darah lebih kurang 10 hingga 80ml darah dalam sehari. Aliran haid yang lebih berat akan menyebabkan kehilangan darah lebih banyak.

Kehilangan darah tersebut perlu diganti dengan nutrisi dan meminum air dengan kuantiti yang banyak.

Pengambilan kalsium perlu dipastikan dalam kuantiti yang cukup dan ianya boleh diperolehi daripada susu rendah lemak, soya atau susu beras. Kalsium membantu mengekalkan keanjalan otot dan mencegah kekejangan dan sakit perut.

Pengambilan karbohidrat kompleks seperti roti gandum juga penting. Manakala masalah yang sering dialami semasa haid iaitu sembelit (susah buang air besar) boleh dikurangkan dengan pengambilan sayur sayuran dan buah buahan segar.

Tingkatkan juga pengambilan magnesium dalam makanan. Makanan yang mengandung magnesium seperti kekacang dan tauhu boleh mengoptimakan kapasiti kalsium yang diserap dan mengurangkan kekejangan perut.


Pengambilan vitamin E dan antioksidan dapat mengatasi beberapa gejala pre-haid, ianya boleh didapati dalam makanan seperti avokado, kuning telur dan hati.

Makanlah juga makanan yang kaya vitamin B6 seperti kentang dan pisang yang akan membantu metabolisma protein dan sel darah merah, selain boleh mengatasi kemurungan.

Selain itu pastikan anda mendapat vitamin C dan zinc yang cukup, kerana zat pemakanan tersebut merupakan penyokong kesihatan sel telur dan sistem pembiakan wanita. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori