Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Airlines Lancar Promosi...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines menawarkan tambang, Kelas Ekonomi, semua termasuk, daripada hanya...

Guru Berpolitik: ‘Jangan Sampai...

BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan guru dan...

Bas ‘Lama’ Juga Perlu...

KUALA LUMPUR - Pemasangan alat pengehad kelajuan (SLD) perlu diwajibkan ke atas semua...

Perpaduan Nasional Yang Mapan...

KUALA LUMPUR - Perpaduan nasional yang mapan adalah tunjang kepada haluan Malaysia untuk...

NRRTF Dihantar Ke Negeri Hadapi Peningkatan Covid-19

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan Pasukan Petugas Tindak Balas Pantas Nasional (NRRTF) yang digerakkan ke negeri yang menghadapi peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, NRRTF ditubuhkan bagi menyokong sumber tenaga petugas kesihatan di negeri atau kawasan terjejas.

“Apabila kita tingkatkan kapasiti sama ada katil modular unit rawatan rapi (ICU) atau hospital medan dan sebagainya, sudah tentu kita perlukan tenaga kerja tambahan. Sebab itu saya arahkan supaya dapat ditubuhkan satu ‘National Rapid Response Task Force’.

“Ia boleh kita atur gerak ke kawasan atau negeri berhadapan dengan peningkatan kes dan kapasiti. Contoh, di Pulau Pinang kita telah atur gerak 223 petugas kesihatan. Di Kedah, saya baru melawat Ahad lalu, ada peningkatan kes, saya telah atur gerak 156 petugas kesihatan begitu juga di Sabah, 102 kakitangan kesihatan diatur gerak.

“Kita akan ‘rotate’ kakitangan ini untuk pastikan kakitangan kesihatan mencukupi di kawasan kes meningkat dan kedua, untuk pastikan petugas barisan hadapan di negeri itu tidak hadapi ‘burnout’ atau keadaan tidak dapat dikawal ‘workload’ mereka,” katanya pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Teo Nie Ching (PH-Kulai) sama ada kerajaan ingin menambah kakitangan kesihatan akibat penambahan katil bagi rawatan Covid-19.

Khairy Jamaluddin berkata, KKM juga akan memperluaskan lagi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) maya yang diwujudkan di Lembah Klang ke negeri lain, terutama di kawasan yang memerlukan dan yang merekodkan kes tinggi. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori