Novel Romantik Tulisan Saddam Hussein Akan Dijual

SADDAM Hussein yang memerintah Iraq selama 24 tahun telah dihukum digantung pada 2006 namun beliau masih meninggalkan legasinya iaitu sebuah novel romantik yang ditulisnya sendiri.

Novel bertajuk Zabiha And The King itu akan dijual menerusi laman beli-belah terkemua Amazon menjelang Hari Kekasih pada 14 Februari depan.

Sukar untuk percaya bahawa Saddam yang digambarkan sebagai kejam dan diktator oleh antarabangsa terutama Amerika Syarikat, menulis buku romantik tersebut.

Ia mengisahkan seorang wanita kampung, Zabiba yang mewakili penduduk miskin dan bagaimana kisah cintanya diangkat menjadi kisah romantik dengan plot penulisan berkisar tempoh 1,000 tahun lalu.

Agensi Perisikan Pusat (CIA) bagaimanapun tidak percaya bahawa Saddam yang menulis novel berkenaan sebaliknya mendakwa ia mungkin ditulis oleh penulis hantu.

Saddam telah ditangkap pada 13 Disember 2003 manakala dua anak lelakinya, Uday dan Quassat, maut di tangan tentera penceroboh dalam serangan ketenteraan di Iraq.

Hukuman gantung ke atas Saddam dijalankan 56 hari selepas Tribunal Tinggi Iraq pada 2006 menyabitkan beliau sebagai terlibat dalam pembunuhan 148 penduduk Dujail, iaitu sebuah perkampungan Syiah pada 1982.

Saddam berjaya membangunkan Iraq sebagai sebuah negara Arab moden tetapi perang selama lapan tahun dengan Iran telah menyebabkan ekonomi negara itu jatuh. – MYNEWSHUB.CC