Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KLIA2: Pelan Mitigasi Gangguan...

KUALA LUMPUR - Satu pelan mitigasi telah dilasanakan untuk memastikan keselamatan penumpang berikutan...

Video: Penjaga Gol Lepaskan...

TAK salah rasanya jika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewujudkan satu anugerah khas...

Perogol Hanya Dikenakan Hukuman...

INDIA - Hanya baling kasut sebanyak lima kali. Itu hukuman ringan yang dikenakan...

Trafik Sesak Selepas Bangi...

SEREMBAN - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan mengalami kesesakan luar biasa...

Nourul Tolak Tawaran Sertai The Voice Perancis

PENYANYI, Nourul Depp mengakui telah menerima lamaran daripada pihak produksi The Voice Perancis untuk menyertai program realiti berkenaan namun mengambil keputusan menolaknya.

Nourul, atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab yang bakal mengeluarkan sebuah album dalam bahasa Perancis berjudul Humaine berkata, dia menolak tawaran itu memandangkan usianya yang masih ‘muda’ dalam industri muzik Perancis.

Jelasnya, dia mahu memfokuskan sepenuh perhatian terhadap album yang bakal dikeluarkan itu yang memuatkan tujuh buah lagu, hasil kerjasama dengan koposer muda dari negara itu, Kirsten Harma.

“Menyertai The Voice Perancis merupakan sesuatu yang menarik, namun saya rasa ini bukanlah masa yang sesuai untuk saya menyertai program tersebut.

“Lebih baik saya sertai program nyanyian yang ada di negara kita dahulu,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Mengulas mengenai album pertamanya dalam bahasa Perancis itu, Nourul memberitahu bahawa album tersebut bakal dilancarkan di platform digital dalam masa terdekat.

Ujarnya, dia memilih platform digital kerana mahu, mengikuti peredaran masa selain platform tersebut dapat membolehkan Humaine diakses oleh pendengar antarabangsa.

“Saya perlu ikuti arus perubahan industri muzik masa kini. Platform digital boleh diakses di seluruh dunia berbanding album fizikal yang hanya boleh didapati di pasaran Perancis serta Eropah sahaja.

“Setakat ini, saya dan Kirsten sudah menyenarai pendek tiga buah syarikat yang bakal bertindak sebagai pembekal tetapi ia masih dalam peringkat perbincangan,” ujarnya.

Nourul ditemui ketika menghadiri Majlis Makan Malam Amal: A Night of Hope di Hotel Palace of The Golden Horses, Sungai Besi baru-baru ini.


Dalam pada itu, penyanyi berusia 41 tahun itu meluahkan rasa syukurnya bahawa peminat muzik Perancis telah memberikan respons positif terhadap penglibatannya dalam industri muzik negara itu.

Jelasnya, peminat muzik di Perancis menghargai penyanyi luar yang berusaha untuk menyanyi dalam bahasa ibunda mereka.

“Faktor usia juga tidak menjadi halangan kerana semakin berusia, lagi mereka hormati ditambah pula sudah mempunyai kredibiliti sebagai penyanyi.

“Saya juga tidak berdepan isu agama kerana mereka menerima saya disebabkan bakat yang dimiliki,” tambahnya lagi.

Sementara itu, penyanyi lagu Kerana Teluka itu turut berterima kasih kepada suaminya, Eric Daniel Depp yang telah menggalakkan dirinya untuk menembusi pasaran Perancis.

Menceritakan perkembangan terkini, Nourul berkata dia kini sibuk menguruskan kelab nutrisi yang telah ditubuhkan sejak tahun 2010 selain menddedahkan kini dia mengajar zumba di kelabnya itu.

“Faktor pemakanan dan senaman sangat penting apatah lagi usia sudah menginjak 41 tahun. Sebagai penyanyi, saya memerlukan stamina yang baik,” katanya menceritakan gaya hidup sihat yang kini dilaluinya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori