Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ustaz Azhar Idrus Dimasukkan...

PETALING JAYA: Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai Ustaz UAI...

Menara KL, Menara Berkembar...

KUALA LUMPUR - Beberapa mercu tanda di ibu negara 'hilang' daripada pemandangan mata...

UPM Lonjak Kedudukan 202...

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melonjak 27 anak tangga untuk...

Cicak Dalam Roti Malukan...

New Delhi - Syarikat penerbangan Air India semalam menyiasat bagaimana seekor cicak boleh...

Notis kepada juruterbang elak ruang udara Pakistan – Loke

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan sudah mengeluarkan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) bagi semua syarikat penerbangan di negara ini supaya mengelak menggunakan ruang udara Pakistan susulan penutupannya, semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata itu adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diamalkan selepas berlaku tragedi MH17.

“Selepas berlaku insiden MH17, jika membabitkan kawasan ada konflik pesawat, kita akan mengelak menggunakan laluan konflik itu.

“Saya difahamkan NOTAM sudah dikeluarkan dan memang perlu untuk semua pesawat kita mengelak ruang udara yang terbabit untuk keselamatan penumpang. Semua syarikat penerbangan kita akan mematuhi notis dikeluarkan itu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Semakan Sekolah Rendah peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Pelbagai penerbangan dibatalkan dan dilencongkan semalam selepas Pakistan menutup ruang udaranya dan India menutup lapangan terbang.


Pihak berkuasa penerbangan awam dan tentera, semalam, melaporkan Pakistan menutup ruang udaranya berikutan risau berlaku konflik habis-habisan dengan negara jiran, India.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA) dalam akaun Twitter semalam pula menyatakan secara rasmi penutupan ruang udara Pakistan sehingga notis lanjut, manakala jurucakap tentera Pakistan menjelaskan keputusan itu berikutan keadaan situasi semasa. -BH ONLINE

Kategori